BEKAS YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK MENINGGAL DUNIA

 

KUALA LUMPUR, 29 JAN – Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub mengucapkan takziah kepada keluarga Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Haji Mohamdad Salahuddin bin Abang Barieng yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi.

 

Allahyarham Tun Salahuddin, 100, merupakan individu yang pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.47 malam tadi di Pusat Perubatan Normah, Kuching, Sarawak kerana sakit tua.

 

Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham Tun seorang yang banyak Berjaya kepada rakyat Sarawak dan pembangunan negeri itu.


“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama dengan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam satu posting Facebook hari ini.

 

Allahyarham lahir pada 27 Ogos 1921 dan menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik sekali lagi pada 2001 hingga 2014.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.