BERKESANKAH STRATEGI PKR GUNA LOGO SENDIRI DAN TIDAK LOGO PH?


Tarikh PRN JOHOR bakal ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada 9 Februari 2022 ini. Ramai menjangkakan PRN Johor akan diadakan pada pertengahan Mac 2022 atau lebih tepat lagi pada 12 Mac 2022.

Dikala tarikh PRN Johor masih menjadi rahsia tiga gabungan parti terbesar telah mula merangka strategi masing-masing untuk mendapatkan undi daripada pengundi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bahawa mereka akan bertanding di PRN Johor dengan menggunakan logo sendiri manakala rakan dalam Pakatan Harapan (PH) DAP, Amanah dan MUDA akan menggunakan logo PH.

Persoalannya mengapa PKR tidak mahu menggunakan logo PH sedangkan Anwar Ibrahim merupakan Ppemimpin nombor satu PH.

Adakah Anwar atau PKR sudah mula ragu dengan formula dan taktikal rakan-rakan dalam PH terutamanya DAP ataupun Anwar tidak lagi mahu terpalit dengan kerajaan penipu dan kerajaan pakatan hancing kerana PH ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan dalam terang sudah menipu rakyat dalam ucapan mahupun dalam tindakan mereka.

Tidak berniat mahu merungkaikan satu persatu penipuan dan apa yang telah kerajaan PH yang mana PKR dan juga PPBM pernah berada bersama dahulu lakukan kepada rakyat khasnya dan negara amnya kerana kesannya dirasai sehingga ke hari ini.

Kesan penipuan Kerajaan PH telah menyebabkan rami pelabur menarik pelaburan mereka keluar dari Malaysia. Ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan dan suber pendapatan malah negara juga kehilangan sumber pendapatan lebih RM 30 bilion setahun kerana tindakan bodoh PH membatalkan GST.

Rakyat telah pun menunjukkan jalan keluar kepada PH apabila banyak PRK mahupun PRN PH kalah teruk walaupun pada PRU 14 lalu kerusi tersebut PH menang besar.

Walaupun demografi pengundian di PRN Johor dilihat mungkin berubah kerana penambahan pengundi berusia 18 ke 20 tahun yang ramai, yang pastinya pengundi-pengundi di Johor tidak akan mudah dittipu dua kali oleh PH kerana fakta membuktikan kerajaan PH tidak tahu untuk mengurus dan mentadbir negeri mahupun negara.

Strategi PKR menggunakan logo sendiri tidak akan memberikan kesan yang besar kepada pengundi di Johor kerana bangsa Johor tahu PKR itu PH dan PH itu adalah DAP.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.