Hanya BN boleh kembalikan kestabilan negara: Mohd Izhar

 

JOHOR


BAHRU - Barisan Nasional (BN) disifatkan parti terbaik untuk menyelesaikan permasalahan dialami negara selepas beberapa tahun bergelut akibat ketidakstabilan politik.

Perkara itu dinyatakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad selepas mengumumkan pengunduran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, pada Sabtu.

Menurut Mohd Izhar, tiada satu pun parti yang mempunyai struktur organisasi utuh dan jangka hayat pentadbiran yang lebih lama daripada BN ketika mentabdir negara.

“Saya tiada dalam struktur organisasi mana-mana parti, jadi saya melihat secara jelas dari sudut keseluruhan organisasi, barisan kepimpinan dan jangka hayat sesuatu parti dalam pentadbiran yang mana saya rasa parti boleh membetulkan kerajaan sekarang hanyalah BN. Ikhlas saya cakap.

“Pada PRU14 saya menentang BN kerana terus terang saya katakan saya bukan berlatarbelakangkan politik, saya dari perbankan dan saya arif mengenai kewangan. Jadi saya dipanggil untuk turut serta (bertanding) pada PRU14 hanya dengan dasar untuk menyumbang kepada negara, selepas itu saya selesai.

“Tetapi sebenarnya, jauh dalam sudut hati saya, saya mahu melihat Melayu akan kembali bersama dan itu saya sedari satu parti yang boleh menyatukan Melayu semula, hanyalah BN,” katanya pada sidang media di Hotel DoubleTree By Hilton di sini pada Sabtu.

Mohd Izhar menjadi orang kedua selepas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang mengumumkan meninggalkan parti dan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, pada Khamis.

Ditanya sama ada tindakan meninggalkan Bersatu dipengaruhi Mazlan, Mohd Izhar bagaimanapun menafikan perkara berkenaan.

SUMBER: Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.