KUALA
LUMPUR, 29 JAN - Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Haji Hasan
menegaskan Pilihanraya Negeri Johor diadakan atas pelbagai sebab strategik dan
bukan kerana kehendak 'kluster' tertentu dalam UMNO.
Beliau yang
juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata, Menteri Besar Johor mempunyai
sebab tersendiri bagi mendapat mandat baru dan itu bukan urusan parti lain
untuk mempersoalkannya.
“Beliau
diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh parti untuk menasihati Sultan Johor,
sesuai keadaan dan keperluan, bagi pembubaran DUN.
Beliau juga
dilaporkan sebagai berkata. Menuduh ‘kluster’ itu dan ini sebagai penyebabnya
adalah sangat tidak munasabahdan istilah2 itu hanya ciptaan musuh UMNO sahaja.
“UMNO bukan
seperti parti lain. Tiada ‘wala’ kepada Presiden dan tiada seorang yang
berkuasa memutuskan segalanya. Ia adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai
oleh kelompok tertentu sahaja,” katanya yang juga merupakan Pengarah
Pilihanraya Barisan Nasional bagi PRN Johor.
Mohamad
berkata, bila UMNO memutuskan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin, cuma
hanya 12 Ahli Parlimen UMNO sahaja yang akur. Demikianlah demokratiknya UMNO.
“Bagi
mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelar, itik, angsa, harimau dan
sebagainya, gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun. UMNO masih lagi parti
Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia. Kami bangkit semula
bukan kerana "ubatan mujarab"
PAS tetapi kerana dukungan orang Melayu terhadap UMNO , dan kerana buruknya
prestasi kerajaan PH dan PN,” ujar beliau,
ADUN Rantau
itu berkata, tanpa UMNO, PAS juga tidak boleh menjadi sebahagian dari Kerajaan
persekutuan hari ini. Dan PAS tahu, tanpa UMNO ia tidak akan dapat kekal
menjadi sebahagian dalam Kerajaan persekutuan selepas PRU nanti.
“Jika PAS
merasakan BN itu tidak lagi relevan, kita pulangkan lah kepada rakyat untuk
memutuskannya. Dan biarlah rakyat juga
memutuskan samada PAS dan PN itu relevan
lagi kah atau tidak,” katanya melalui satu posting di akaun Instagram miliknya
hari ini.