BALAK: KERAJAAN TERENGGANU DISAMAN RM500 JUTA

 


KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh pengurusan kes membabitkan saman syarikat pembalakan, Zee Utuh Enterprise terhadap kerajaan negeri, pengarah perhutanan negeri dan pejabat perhutanan negeri.

Prosiding writ saman itu dibuat secara atas talian di hadapan Hakim Dato’ Hassan Abdul Ghani.


Zee Utuh Enterprise selaku plaintif diwakili peguam Tetuan WM Haidi & Associates.


Saman itu telah difailkan plaintif di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 28 Disember tahun lalu.


Plaintif menuntut antara lain ganti rugi melebihi RM500 juta di atas dakwaan kegagalan ketiga-tiga defendan mematuhi terma kelulusan kerja pembalakan di kawasan Sungai Nipah dan Rasau di Kertih.


Berlaku perlanggaran kontrak dan syarat oleh pihak defenden sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.

Sumber : Terengganu Coverage

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.