DS NAJIB SANGKAL DAKWAAN PPBM MAHUKAN PENYATUAN UMMAH

 


Antara propaganda yang sering diulang pihak sebelah sana ialah PPBM mahu bersama UMNO dan PAS demi penyatuan ummah.


Ini adalah salah.




Selepas langkah Sheraton, saya pernah menulis bahawa sebab dan niat utama PPBM khianat PH ialah kerana mereka takut lenyap pada PRU15 dan UMNO akan buat kepada pemimpin-pemimpin PPBM apa yang PPBM buat pada UMNO semasa mereka dalam kerajaan PH.


Perkara ini sebenarnya telah disahkan Muhyiddin sendiri dalam satu ceramah pada PRN Melaka.


“Saya beritahu Tun Dr Mahathir, kalau kita duduk lama lagi di sini Tun (Mahathir), dalam pilihan raya umum akan datang ini kita akan hilang daripada peta, sejarah politik tanah air.


"Pilihan raya (kecil) demi pilihan raya kecil kita (Bersatu) kalah dan antara sebab kekalahan itu adalah orang Melayu melihat Bersatu bergabung dengan kumpulan sebegini, maka tentu pada pandangan masyarakat Melayu dan juga bukan Melayu ini tidak selarui dengan perjuangan kita," katanya."

https://www.malaysiakini.com/news/598931


Maka selepas PRK Tanjung Piai di mana PPBM kalah amat teruk kepada calon MCA yang disokong MN, mereka pun mulakan langkah untuk minta sokongan UMNO dan PAS demi memelihara kepentingan diri.


Bukan demi penyatuan ummah tetapi demi kepentingan diri dan demi hayat politik mereka sahaja.


Sebab itu dari awal-awal lagi semasa langkah Sheraton, Abah Kau dah rancang "scheme of things" untuk pecahkan UMNO dengan cara sogokan yang turut memberi kesan amat parah kepada Muafakat Nasional.

Sumber : FB Najib Razak

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.