Umum tahu bahawa rakyat benar-benar marah dengan Kerajaan PH sepanjang 22 bulan mereka mentadbir urus negara. Natijahnya ditunjukkan dalam beberapa PRK dan PRN di mana PH kalah teruk di kerusi yang mereka tandingi.
Bukan setakat itu sahaja PH juga banyak kalah di kerusi-kerusi yang dahulunya mereka menang dengan majoriti yang besar termasuk kawasan yang majoritinya pengundi Cina.
Mengapa rakyat amat marah dan sakit hati dengan PH ini? Ianya adakah berpunca daripada dasar-dasar dan tindakan kerajaan PH yang menipu rakyat dan membuatkan kehidupan rakyat senakin susah dan sukar.
Contohnya, apabila mereka mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional selepas PRU 14 lebih 17000 pegawai dan kakitangan kontrak kerajaan diberhentikan yang menyebabkan mereka ini hilang pendapatan dan pekerjaan. Malah ramai juga antara mereka ini sudah berusia.
Antara yang terkesan adalah mereka yang bertugas secara kontrak di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Biro Tata Negara (BTN), SERANTA dan SPAD yang mana ada antara agensi ini dihapuskan terus.
Menteri Kewangan ketika itu iaitu Lim Guan Eng telah memindahkan aset Tabung Haji (TH) sebuah institusi kewangan milik umat Islam bernila RM 19 bilion ke syarikat bawah MoF. Kesannya dividen tahunan kepada penyimpan berkurang setiap tahun, Alasan yang diberikan adakah untuk menstruktur semula TH kononnya banyak salah urus berlaku. Namun sehingga segala tuduhan itu tidak berasas, Apa yang rakyat lihat adalah Guan Eng berniat jahat untuk campur tangan dalam urusan umat Islam.
Bukan setakat itu Tei Nee Ching iaitu Timbalan Meteri Pendidikan ketika itu telah mewujudkan pasukan petugas khas untuk kaji Pendidikan Islam dan yang bukan Islam boleh beri pendapat. Umat Islam amat marah dengan perkara ini kerana mereka berpendapat kenapa orang bukan Islam perlu campurtangan dana urusan pendidikan Islam.
Tidak berhenti di situ kerajaan PH juga bertindaj menjual aset milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera termasuk sebuah hotel lima bintang iaitu Hotel Royale Chulan kepada sebuah syarikat Singapura hanya dengan harga RM 197 juta sahaja.
Selain itu banyak lagi perkara yang dilakukan oleh kerajaan PH yang tidak memberi kesan positif kepada ekonomi rakyat mahupun negara.
Tulisan ini tidak akan terhenti di sini kerana banyak lagi peringatan tentang penipuan PH yang akan di catat di sini agar rakyat tidak kira usia tidak lupa kesan-kesan tersilap memilih kerajaan.
Sehingga ke hari ini tiada lagi kerajaan yang mempu menyaingi Barisan Nasional dalam mengurus tadbir kerajaan. Walaupun tidak sempurna namun BN tetap terbaik daripada yang lain.
Zafpri Daud
2 Februari 2022