Tuduhan depa kinii mula bertukar dari Najib cari Muhyiddin untuk gugurkan kes ataupun Najib minta hakim-hakim ditukar kepada Najib hantar orang untuk lambatkan kes atau Najib minta Muhyiddin singkir Gopal Sri Ram sebagai DPP.
Kawan-kawan dan delegasi mana itu? Saya yang hantar ke? Sila beritahu kami.
Ataupun ada pihak yang sibuk campur tangan sebab fikir ini adalah antara cara nak hentikan saya kecam kerajaan PN masa itu?
"‘Muhyiddin pernah janji lepaskan Zahid, jika Umno terus sokong jadi PM’ – Razlan"
https://malaysiapost.com.my/.../muhyiddin-pernah-janji.../
Dah banyak kali saya telah sebut bahawa cara paling baik untuk gugurkan kes ialah untuk bodek PM dan bukan kecam, Jika tak percaya boleh tanya Tok Pa, Xavier, Azmin, Mas Ermieyati dan sebagainya.
Namun saya bukan budak bodek.
Seperti yang saya pernah jelaskan apabila Wan Saiful mula membuat tomahan ini ketika kami tekan butang dan tumbangkan Muhyiddin sebagai PM apabila dia amat gagal, saya hanya pernah jumpa Muhyiddin sekali sahaja semasa dia PM pada bulan Disember 2020 untuk meminta dia luluskan pengeluaran KWSP.
(Jawapan dia masa itu ialah ianya masih amat sukar untuk benarkan keluaran akaun 1.)
Masa itu dia tanya tentang kes-kes mahkamah saya dan saya jawab bahawa kita masih membuat permohonan untuk gugurkan kelayakan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya.
“Dia (Mahathir) mahu anda menangkap Najib di pejabatnya, anda pergi pukul 2 petang, kami telah mengaturkan polis di Putrajaya untuk melakukan apa yang perlu mengikut arahan anda. Kami (Gopal dan Mahathir) juga telah mengatur seorang majistret untuk mengeluarkan perintah reman apabila dia (Najib) dihadapkan di hadapannya."
"10 Jun 2020: Dr Mahathir Hantar Gopal Ram Jumpa Saya, Sudah Atur Rancangan Kenakan Najib – Bekas AG"
https://suara.tv/.../dr-mahathir-hantar-gopal-ram-jumpa.../
Saya tanya kenapa korang tak sedar ke tetang pendedahan-pendedahan ini?
Usaha saya untuk gugurkan Gopal Sri Ram bukanlah apa-apa rahsia sebab kami sudah mulakan langkah ini sejak tahun 2019 lagi.
"Mac 2019: Najib rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak permohonan gugurkan Sri Ram"
https://www.bharian.com.my/.../najib-rayu-keputusan...
Sekali lagi, saya tegaskan bahawa saya tak pernah minta Muhyiddin untuk gugurkan kes ataupun tukar hakim.
Sebab itu, Muhyiddin tak patut gunakan ianya sebagai alasan bahawa dia gagal kawal Covid sehingga Malaysia menjadi world champion Covid ASEAN dan Dunia dengan kadar kes baharu dan kadar kematian berbanding jumlah penduduk paling tinggi dalam dunia biarpun tempoh PKP separuh masa dilaksanakan adalah antara paling panjang dalam dunia dan Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang buat darurat untuk gantung parlimen begitu lama.
Kamu yang gagal tapi nak salahkan orang lain ke?
"PRN Johor: 'Kerana kluster mahkamah, tugas saya tangani COVID-19 tidak selesai' - Muhyiddin:
https://www.astroawani.com/.../prn-johor-kerana-kluster...