Di tanya oleh wartawan CNA Singapura kepada ISMA kenapa perlu berhimpun di mahkamah sedangkan keputusan dari kes Indira Gandhi sebelum ini menyatakan kedua-dua ibu bapa perlu meluluskan kemasukan ke agama Islam.
Kes ini perlu difahami dari beberapa sudut:
1. Secara umumnya kemasukan anak2 ini kepada Islam adalah atas pilihan sendiri, tiada unsur paksaan atau penipuan atau mereka salah faham.
Beragama Islam merupakan sesuatu yg murni walaupun ikut undang2 perlu berumur 18 tahun itu tidak menjadi isu besar.
2. Semasa 3 tahun memeluk Islam, mereka telah dijaga dengan begitu baik oleh ustazah yang menjaga. Usaha telah dilakukan untuk mencari ibunya.
3. Tiada isu melarang ibunya berjumpa dengan anak2 nya, kerana memang telah sekian lama ibunya cuba dicari setelah berpisah cerai dengan bapanya.
Yang terakhir memang dah jumpa pun walaupun ibunya menangis-nangis seolah tidak diberikan hak. Ini hanya lakonan.
4. Penipuan oleh pasukan peguam P Ramasami yang tiba-tiba mengangkat isu ini kepada isu agama dan dikatakan berlaku penculikan adalah kejahatan yang disengajakan oleh mereka yg memang sekian lama anti agama Islam. Tidak pelik kerena dalam ucapan-ucapan mereka juga cuba mengaitkan seolah berlaku diskriminasi dan penindasan utk sesetengah kaum di dalam negara.
4. Membawa perhimpunan ini ke mahkamah di mana kes ini dibacakan semula ialah sebagai solidariti kepada saudara seakidah kita yang bakal terancam sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada anak-anak ini.
Kalau lah, pasukan P Ramasami dan media arus DAP bersolidariti utk memenangkan hasutan penipuan mereka, maka di mana salahnya kita juga bersolidariti.
5. Isu ini kalau hanya isu kekeluargaan boleh diurus dengan mudah, bincang elok-elok dengan pihak yang terbabit.
Tetapi usaha pasukan di belakang ibu anak-anak ini yang mengangkat dan mensensasikan walaupun setelah 3 tahun berlalu, menjadikan isu ini satu lagi jsu nasional.
Mereka ingin 'memburukkan' institusi agama Islam yang telah mengesahkan pengislaman mereka.
5. Perlu difahami, kerajaan Negeri Perlis telah menggubal undang2 bahawa salah seorang ibu bapa boleh bersetuju untuk meluluskan permohonan masuk Islam. Jadi keislaman mereka adalah sah.
Banyak lagi noktah-noktah penting yang perlu difahami dari kes ini.
Apapun keputusan yang berlaku, kita akan hormati. Pada masa sama kita doakan agar anak-anak ini terus diberi peluang untuk menganut dan mengamalkan kehidupan sebagai rakyat beragama Islam.
Mohd Noor Azib Asmangi
Naib Presiden ISMA.
