Oleh: Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Common sense paling asas dalam ekonomi ini adalah membentuk keyakinan. Antara punca ekonomi negara rosak pada zaman PH dahulu adalah apabila sebahagian menterinya yang suka keluar kenyataan yang mengelirukan
2 hari lepas Muhyiddin melakukan perkara yang sama. Muhyiddin ni bukan ahli parlimen biasa macam DS Najib atau DS Zahid. Dia adalah Pengerusi MPN yang bertaraf menteri. Mungkin tarafnya lebih tinggi daripada Menteri Kanan sebab Menteri Kewangan pun kena hantar laporan kepada dia.
Jesteru apabila dia mengatakan ekonomi hari ini tidak sebaik yang digambarkan kerajaan, secara tidak langsung dia mengatakan bahawa kerajaan hari ini menipu. Tak kisahlah sama ada tuduhan dia tu betul atau tidak, tetapi dakwaan seorang 'menteri' ke atas kerajaannya sendiri adalah sesuatu yang sangat serius di mata para pelabur.
Bermula pagi tadi sehingga ke penutup jam 5 petang, indeks BSKL turun lebih 20 mata - kejatuhan paling besar sejak September 2021. Cuma bezanya kejatuhan pasaran pada 20 September tahun lepas itu disebabkan masalah global termasuk kejatuhan lebih 600 mata Indeks Dow Jones pada hari yang sama.
20 mata ini kalau kita terjemahkan dalam bentuk nilai semasa BSKL adalah sekitar RM20 bilion.
Sebab itu kalau ada yang kata PRN Johor ini membazir kerana belanjanya hampir RM100 juta, maka tanyalah balik mana lagi besar antara RM100 juta dengan RM20 bilion.
Politik biarlah ada had. Jangan sampai merosakkan apa yang ada. Kalau Muhyiddin nak serang kerajaan sepenuh tenaga, letak dahulu jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara. Jadi MP biasa. Masa itu berkempenlah sesuka hati dan cakaplah apa sahaja. Takkan ada kesan kepada ekonomi negara.
Ini benda basic common sense dalam ekonomi pun blur, ada hati nak tawar diri jadi Penasihat Ekonomi Johor pula?
Abdul Rahim Hilmi Zakariya