Oleh : Najib Razak
Ahli Parlimen PPBM ni kata saya menipu.
Dia kata pelaburan asing pada zaman PH dan PN cukup baik.
Saya pun pelik kenapa dia cakap begitu.
Sebab data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia lapor pelaburan asing asyik jatuh selepas PRU14 pada masa PH dan PN. (graf sebelah kanan)
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2021/FDI%20DIA%202020-%20COMBINE.pdf
United Nations pun kata pelaburan asing kita jatuh ke paling teruk di ASEAN.
https://malaysiadateline.com/malaysia-terima-paling-rendah-fdi-tahun-2020-kata-unctad/
Lalu baru saya faham kenapa ahli parlimen PPBM cakap begitu.
Rupanya sumber data FDI dia datang dari Menteri Kanan MITI dorang.
“Pembangunan ekonomi kalau kita tengok, pelaburan luar ada peningkatan yang cukup ketara sebagai mana yang dilaporkan oleh Menteri Kanan MITI." katanya.
Jadi, Rakyat Malayisa perlu percaya siapa?
Nak percaya Jabatan Perangkaan Malaysia dengan United Nations atau nak percaya Menteri Kanan MITI yang mukanya pun kurang jelas?