Selain itu, Asyraf Wajdi juga berkata senarai calon yang dikemukakan itu juga menepati kriteria yang ditetapkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu yang boleh menang (winnable), boleh diterima (acceptable) dan disukai (likeable).
Beliau berkata Pemuda BN tidak hanya memberi tumpuan di kawasan yang akan mereka tandingi sebaliknya semua kerusi yang ditandingi gabungan itu bagi memastikan kemenangan besar dalam PRN tersebut.
“Ini kerana Johor adalah cerminan kepada Malaysia untuk mewujudkan kerajaan yang stabil dan kuat. Kita juga tidak tumpu pada satu kaum sahaja dan kita akan memenangkan semua parti sama ada UMNO, MCA dan MIC." katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia.