RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG TANAH ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN ISLAM (PART 1)

 


Umum sedia maklum bahawa Rasul terakahir Muhammad s.a.w dilahirkan dan dibesarkan di semenanjung Tanah Arab. Atau lebih tepat lagi lahir di Mekah dan wafatnya di Madinah.

Seselum kita memperkatakan sejarah hidup Rasul tercinta s.a.w dan Semenanjung Arab di mana baginda hidup dan dipilih menjadi Rasul terakhir, alangkah baiknya jika kita telusuri dan menyingkap hikmah-hikmah Allah, mengapa dan kenapa terpilihnya Rasulullah dari bumi ini dan bangsa Arab terpilih untuk membawa obor dakwah suci ini.

Pertamanya kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa Arab dan perangai serta cara kehidupannya sebelum Islam dan keadaan geografi serta persekitarannya. Selepas itu barulah kita buat bandingan dengan bangsa-bangsa lain yang hidup satu zaman dengannya seperti Rom, Greek dan India termasuklah adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamadun setiap bangsa ini.

Bangsa-bangsa yang hidup sekitar bumi Arab sebelum Islam, dunia pada masa itu dikuasai oleh dua negara yang gagah iaitu Parsi (Persia) dan Rom (Romawi) dan seterusnya Greek dan India.

Parsi pada masa itu dihiasi dengan arena pertarungan agama dan falsafah yang pelbagai. Golongan pembesar, bangsawan dan pemerintah pada keseluruhannya beragama Majusi (Zuradisy) di mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.

Empayar Yazdajrid kedua yang memerintah pada pertengahan abad ke lima masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Tidak terhenti di situ sahaja, tatasusila dan sopan santun telahpun jauh lari dari garis sifat kemanusiaan.

Mengikut apa yang ditegaskan oleh Imam Al-Shahras Thani dalam kitabnya (Al-Milal Wa Al-Nihal), ada antara ajaran Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya.

Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa ada sebarang sekatan.

Apa yang berlaku ini mendapat sambutan yang begitu hangat dari kalangan mereka yang sememangnya berhaluan demikian,

bersambung...

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.