Oleh : Hafni Zuhairi
Sebenarnya rancangan pembinaan semula Stadium Sultan Mizan dimulakan sejak dari zaman kerajaan dahulu. Bermodalkan peruntukan RM 100 juta, akhirnya ia kembali di baik pulih tanpa bumbung.
Malah projek pembinaan semula bumbung stadium ini hampir pasti untuk diperolehi oleh salah satu penaja pasukan Terengganu. Namun berlaku pertukaran kerajaan dan akhirnya rancangan itu sekaligus dibatalkan. Mujurlah kita tak bermain bola sepak pada waktu tengah hari.
Tambahan pula, pembinaan semula padang stadium ini adalah melalui sumbangan yang disalurkan oleh Malaysia Football League. Walaupun tidak dinyatakan bahawa sumbangan itu adalah datangnya dari Tengku Mahkota Johor, tapi kualiti rumput padang Stadium Sultan Mizan kini antara yang terbaik di Malaysia.
Sebagai salah seorang ahli parti kerajaan enta seharusnya menyemak atau selidik dahulu berkenaan projek ini. Lagipun penswastaan TFC pula bermula sebelum kemenangan PAS di Terengganu.
Kalau enta masih tak percaya pergilah semak di UPEN, berapa banyak peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan PAS untuk membaik pulih Stadium Sultan Mizan. Ana tahu enta dapat arahan untuk serang Ds Ahmad Said dengan menggunakan modal lama. Cuma janganlah letak tahap kecerdikan ente seperti walaun sendiri.
#MP
#pembangunan
Rujukan:
1) https://www.astroawani.com/.../kos-baik-pulih-stadium...
2)
https://www.astroawani.com/.../terengganu-stadium-undergo...
3)
https://www.hmetro.com.my/.../bakal-dapat-bumbung-baru
4)
https://www.nst.com.my/.../terengganu-have-top-class...