Akar umbi UMNO mahu supaya pilihanraya umum tidak ditangguh-tangguhkan, dan diadakan sebelum pemilihan UMNO iaitu pada tahun ini, bukan pada tahun 2023.
Keputusan ini telah dibuat oleh majoriti bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara yang telah bermesyuarat baru-baru ini. Presiden UMNO Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi pun telah menegaskan hal ini.
Ini kerana selagi pilihanraya tidak dibuat, selagi itu politik tidak stabil dan keadaan ekonomi tidak menentu.
Mandat perlu dikembalikan kepada rakyat secepat mungkin untuk mengembalikan kestabilan bagi membolehkan dasar-dasar kerajaan bermandat dapat dibuat untuk pemulihan segera negara dan rakyat tanpa gangguan dan ugutan politik oleh pihak-pihak tertentu.
Yang mahu tangguh-tangguh pilihanraya ini adalah ahli-ahli politik seperti Muhyiddin, PN, PH dan rakan-rakan mereka dari bekas PH yang telah menipu manifesto dan pengkhianat-pengkhianat bekas BN yang telah melompat parti yang kini takut untuk berhadapan dengan rakyat, mereka takut kalah dan ingin berpegang kepada jawatan selama boleh, walaupun rata-rata rakyat sedang sengsara. Kita tidak boleh tunggu ahli-ahli politik ini.
Kepentingan negara lebih penting dari kepentingan peribadi dan diri sendiri segelintir ahli-ahli politik ini.
ISHAM JALIL