Oleh Nabeel Naqie
Apabila Hj Hadi berkata rakyat Johor tidak sedar politik Islam, ia sebenarnya adalah merupakan satu kritikan terhadap Istana Johor.
Ini adalah kerana segala hal ehwal Islam adalah di bawah kuasa Raja-raja Negeri.
Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna.
Ia meliputi cara hidup dan Ad Deen termasuk dari aspek muamalat, ibadat, hukum jinayat, pentadbiran, kenegaraan dan segala-gala aspek hidup seorang Muslim. Ia termasuk politik Islam.
Hj Hadi tidak boleh berkata politik Islam tidak termasuk di bawah bidang kuasa Raja.
Hanya Parti Isley saja yang bukan di bawah kuasa Raja-raja Melayu. 🤣
Takkan Hj Hadi nak pisahkan politik dari agama?
Itu dah macam sekular jadinya. 😬
Politik suku, agama suku ke ni? 🤣
Teringat kepada ucapan seorang Lebai di Terengganu pada tahun 1981 dulu…
“Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kapir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku'.”