Oleh : Najib Razak
Ahli Parlimen PKR Hang Tuah Jaya merangkap Ketua Penerangan PKR telah gagal menjawab surat tuntutan peguam saya.
Dengan ini, saya telah arahkan peguam saya untuk failkan saman fitnah terhadap Shamsul di mahkamah.
Ini yang tidak akan diakui oleh mana-mana pemimpin dari geng sebelah sana walaupun ianya merupakan bukti mahkamah sebab mereka mahu teruskan propaganda menipu bahawa Najib kononnya curi RM2.6b untuk beli cincin dan beg tangan..
Mereka tidak akan mengaku:
- Bahawa saya telah dakwa bawah AMLA dan bukan mencuri mahupun merompak (sebagaimana pemimpin mereka dalam kes terowong) dan dana tersebut telah dipulangkan kepada penghantar.
- Bahawa saya didakwa dengan 9 pertuduhan menerima dana yang dikatakan RM2.6b itu dan juga didakwa dengan 7 pertuduhan memulangkan dana tersebut kepada penghantar 4 bulan selepas ianya dimasukkan ke dalam akaun atas nama saya.
- Bahawa Kementerian kewangan Arab Saudi pernah memindah sekurang-kurangnya RM642 juta kepada akaun atas nama saya yang kemudiannya digunakan untuk kerja CSR termasuk bantuan banjir bagi 4 tahun berturut dan bukan untuk kegunaan peribadi.
Jadi, bagaimana pula saya rompak RM2.6b untuk simpan dan "tampung gaya hidup" saya?