Pengurus legenda Liverpool mendedahkan bahawa ada yang berminat untuk meminjam penjaga gol muda sensasi terbaru Leverpol Caoimhin Kelleher.
Penjaga gol berusia 23 tahun sememangnya layak untuk menggantikan Allison namun dengan Allison akan sambung kontrak selama enam tahun lagi dengan Liverpool Kelleher bakal terus menjadi penjaga gol kedua.
"Untuk penjaga gol muda, ianya tentang pembangunan dan Caoimhim dilatih di sini dengan amat baik." katanya kepada wartawan.
"Memang tiada niat untuk menjual atau meminjamkannya, kerana kami memerlukan penjaga gol kedua yang hebat.
"Membantu memenangi piala (mungkin akan bantu dia untuk kekal di sini), kamu kena tanya dia.
"Tapi selagi dia ada kontrak di sini kami ada pelan jangka panjang untuknya.
"Memang kami ingin membantu mereka menjadi versi yang terbaik untuk diri mereka. Itulah yang kami lakukan selama ini." kata Kloppe lagi.
Di sebalik kata tiada keinginan dan tiada keperluan untuk menjual atau meminjamkan Kelleher, Kloppe dikatakan ada perbincangan untuk membawa masuk penjaga gol muda Brazil berusi 19 tahun Marcelo Pitulaga ke Liverpool.
Apapun keputusan, Kelleher adalah hero kepada Liverpool apabila membantu memenangi piala Carabao menewaskan Chelsea baru-baru ini. Ianya satu momen yang akan kekal dalam sejarah di Liverpool.