Seperti biasa DS Najib Razak meneruskan kempennya dalam PRN Johor kali ini di kawasan Gelang Patah iaitu kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Kit Siang pada PRU 14 yang lalu.
Lihat sahaja pada gambar - gambar yang dikongsikan sambutan yang diberikan amat-amat luar biasa.
Rata-rata yang hadir gembira kerana dapat melihat dengan mata kepala sendiri manusia bernama Najib Razak ini.
Mereka sudah tidak kisah lagi dengan kejian dan cercaan berkait dengan kes bossku di mahkamah kerana mereka yakin dan tahu itu semua adalah kerja jahat kerajaan PH dan PN untuk mengaibkan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Dalam ucapannya DS Najib dengan jelas besa antara zaman kerajaan BN, PH dan PN yang mana benar-benar membela rakyat dan mampu membangunkan negara dengan kerajaan yang hanya tahu beretorik sahaja. Semoga PRN Johor 2022 ini memberi kememangan besar kepada BN di Johor dan menjadi 'bench mark' kepada kemenangan BN dalam PRU 15 kelak.