Episod Dana Raya atau kini lebih dikenali dengan dana I-Fitri kembali menjadi bualan rakyat Terengganu ekoran pengumuman kerajaan negeri untuk mengagihkan bantuan dana I-Fitri.
Ketika peringkat awal ketika baru mengambil alih kerajaan Terengganu daripada BN, kerajaan Terengganu pimpinan PAS yang diketuai oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah membatalkan program bantuan dana raya yang dibuat ketika zaman BN.
Ketika membatalkannya beliau ada menyebut bahawa bantuan dana raya berjumlah RM250, RM300 boleh bertahan selama mana. Dua kali pergi pasaraya dah habis.
Tapi kini kerajaan yang sama yang dipimpin oleh orang yang sama kembali bercakap mengenai dana raya yang dijenamakan semula sebagai I-Fitri dan jumlah bantuan yang bakal diberikan juga adalah hampir sama dengan apa yang kerajaan BN pernah berikan kepada rakyat.
Adakah yang dulu lain dan yang sekarang lain?
Dikhabarkan juga syarat permohonan yang dikenakan juga membuatkan ramai rakyat yang tidak dapat memohon bantuan ini.
Kalau dahulu kerajaan pimpinan BN menyediakan peruntukan lebih RM 80 juta setahun untuk bantuan dana raya ini namun kini kerajaan negeri pimpinan PAS hanya menyediakan RM30 juta sahaja untuk dana I-Fitri ini.
Dengan hanya RM 30 juta atau satu pertiga sahaja daripada jumlah yang disediakan oleh kerajaan BN dahulu, ramai berpendapat apa yang dilakukan oleh PAS hanyalah untuk memberi gula-gula politik kepada rakyat kerana pilihanraya umum ke 15 sudah hampir.
Berita kurang mengembirakan untuk orang muda yang bujang bahawa orang bujang tidak layak untuk memohon bantuan kerana hanya yang sudah berkahwin dan cukup syarat sahaja layak memohon.
Berbeza dengan dana raya ketika zaman BN kerana orang bujang juga menerima bantuan dana raya.