Semalam portal Sinar Harian ada melaporakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan menyokong pemulihan projek High Speed Rail (HSR) Singapura-Kuala Lumpur sekiranya gabungan itu memenangi pilihanraya negeri Johor pada 12 Mac ini.
Persoalannya ialah bukankah projek HSR Singapura-KL ini dibatalkan pada ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan ingin mengantikan projek itu dengan projek HSR Johor Bharu - KLIA.
Pembatalan projek HSR SIngapura-KL telah menyebabkan kerajaan terpaksa menbayar ratusan juta Ringgit kepada Singapura dan semestinya telah membazirkan wang rakyat tanpa ada sebarang pulangan kepada rakyat.
Ini komen Najib Razak dalam FB nya...
"Tahun lepas, dia yang batalkan semasa dia PM,
Dia yang arahkan kerajaan bayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada Singapura sebab dia batalkan,
Dia juga yang janji akan pulihkan projek yang dia batalkan jika PN menang PRN Johor tahun ini sebab akhirnya dia sedar projek yang diusahakan saya memberi manfaat besar bagi Johor.
Hampeh. Akal. Mana akal?
Lalu, dia tawar diri nak jadi penasihat ekonomi Johor." - NAJIB RAZAK