NAJIB SANGKAL HUJAH TONY PUA

 



Berdasarkan jawapan Menteri Kewangan hari ini dan surat Tony Pua kepada Speaker parlimen, 1MDB sebenarnya sudah boleh untung RM9.7 bilion hari ini.

Ya. UNTUNG. (bukan rugi RM42b atau RM32b sebagaimana mereka pernah tuduh saya)

Hari ini, Tengku Zafrul menjawab dalam parlimen:

“Ini bermakna kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana sebanyak RM17 bilion bagi tujuan pelunasan baki prinsipal dan faedah hutang 1MDB sebanyak RM38.8 bilion bagi tempoh 2023 hingga 2039,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/614342

Minggu lepas semasa Tony tulis surat kepada parlimen speaker untuk sangkal perbahasan saya, Tony kata.

TANAH Bandar Malaysia cuma bernilai antara RM9b hingga RM12b sahaja hari ini dan bukan nilai RM140b seperti di sebut saya.

Saya sebut nilai pembangunan Bandar Malaysia adalah sebanyak RM140b iaitu sekiranya 1MDB memajukan PROJEK tersebut - bukan sekadar jual tanah sahaja. Tapi bagus juga Tony mengaku tanah sahaja sudah amat berharga.

(Tony juga memberi alasan bodoh bahawa tanah Bandar Malaysia sudah diambil alih oleh Kementerian Kewangan dari 1MDB dan tanah itu tidak boleh dikatakan milik 1MDB. Ehhh!! 1MDB adalah 100% milik Kementerian Kewangan lah. Apa bezanya?)

Dan seperti yang saya sebut dalam parlimen hari itu, wujudnya perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi di mana IPIC bersetuju membayar balik semua dana yang didakwa hilang dari 1MDB setelah dihantar atau dijamin oleh mereka sebelum 30 Disember 2020?

Sekiranya perjanjian itu terus dibatalkan sebagaimana dilakukan kerajaan PH dahulu, kita masih boleh mendapat bayaran sekurang-kurangnya US$3.5b (RM14.7 bilion) dari IPIC sebab bon 1MDB sebanyak US$3.5b dijamin oleh IPIC. Jika 1MDB tak bayar maka IPIC akan bayar.

Jadi:

RM17b (hutang masih perlu dibayar sehingga tahun 2039)

tolak RM12b (nilai tanah Bandar Malaysia seperti diakui Tony)

tolak (bayaran jaminan hutang RM14.7b dari IPIC)

= RM9.7b (untung)

Ya, 1MDB sudah untung RM9.7b hari ini

Belum ambil kira lagi:

- hasil pendapatan projek TRX bernilai RM40b

- penjimatan sebanyak RM50b daripada penyelesaian perjanjian IPP berat sebelah ketinggalan zaman PM4

- tanah Pulau Pinang (RM2.7b)

- tanah Pulau Indah (RM300 juta)

Dan juga belum masuk pembinaan dan naik taraf 8 pangkalan anggota keselamatan yang dibiayai 1MDB termasuk Pangkalan Udara Sendayan.

Memandangkan kenyataan Tengku Zafrul dan Tony Pua adalah kepada speaker Dewan Rakyat serta jaminan bon US$3.5 bilion oleh IPIC yang sudah diketahui secara umum, adakah ada sesiapa yang masih mahu sangkal saya?

NOTA: Saya tak saran kerajaan jual sahaja tanah Bandar Malaysia hari ini tetapi kerajaan perlu memajukan projek tersebut sebagaimana rancangan kerajaan BN dahulu sebab kita ada masa 20 tahun untuk mengaut lebih keuntungan sehingga RM140b darinya memandangkan hutang 1MDB hanya perlu dijelaskan sepenuhnya pada tahun 2039.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.