NAJIB TERHIBUR CARA PENYOKONG DAP SAMBUT BELIAU DI PULAU PINANG


Terhibur dengan reaksi DAP terhadap lawatan saya ke Pulau Pinang semalam.

Ahli Parlimen DAP keluarkan kenyataan untuk kutuk janji saya bahawa ekonomi akan berkembang pesat sekiranya sebuah kerajaan berbilang kaum yang kukuh dan kompeten dengan majoriti lebih besar dipulihkan.

Dia kata janji saya ini adalah janji kosong. Tidak boleh dipercayai.

Lawak! Geng janji manifesto bukan kitab suci yang sudah kencingkan jutaan Rakyat tuduh saya beri janji kosong pula.

Lalu, DAP pula hantar empat individu untuk angkat banner dan protes kunjungan saya ke sebuah food court di Bukit Mertajam.

Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang kurang bijak dan berisiko sebab ribuan penduduk tempatan serta penyokong saya tengah sambut lawatan saya.

Buat apa nak buat provokasi pada keadaan begitu? Satu manfaat bagi sesiapa pun takde.

Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang iaitu tauke-tauke yang pro-DAP pula keluarkan kenyataan untuk nafi kaum Cina alu-alukan lawatan saya.

Entah lah. 

Yang saya dengan mata sendiri dan seluruh Malaysia tonton dalam video-video tersebar ialah ribuan kawan-kawan berbangsa Cina yang hadir bersama saya untuk makan di Food Court. 

Itu video edit kurang HD ke?

Rileks lah DAP.  Sabar!

Saya cuma dua hari di Pulau Pinang untuk makan angin sambil makan lontong sahaja.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.