PEMBANGKANG LANGGAR MOU APABILA MENOLAK USUL KERAJAAN DI PARLIMEN

 

Dengan penolakan usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) oleh pihak Pembangkang di Dewan Rakyat petang tadi, maka secara rasminya pembangkang telah melanggar MOU yang telah ditanda-tangani dengan YAB PM.

Dalam MOU yang ditanda-tangani pada 13 September 2021, Perkara 3.3(b) menggariskan bahawa pihak PH bersetuju akan "mengambil pendirian MENYOKONG atau BERKECUALI dalam apa apa usul yg di kemuka oleh kerajaan".

Ini bermakna PH telah berjanji tidak akan menolak sebarang usul kerajaan dalam Parlimen sekiranya dibentangkan.


Dengan penolakan PH terhadap usul yang dibentangkan oleh Menteri KDN petang tadi, maka secara rasminya pihak PH telah mengingkari MOU tersebut sekaligus membawa kepada persoalan besar samaada MOU antara Kerajaan dengan Pembangkang masih terpakai ataupun tidak?

Yang pasti Kerajaan tidak boleh selamanya ditadbir dengan mengharapkan IHSAN PEMBANGKANG. Mana mungkin kestabilan politik mampu dicapai jika negara berterusan sebegini! Mana mungkin keyakinan pelabur mampu diraih jika kerajaan dilihat tidak stabil dan boleh diugut pada bila-bila masa!

#KembalikanMandatRakyat
#BangkitKembali

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.