PIMPINAN PPBM MAKIN BERANTAKAN

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, semua yang menyertai Bersatu adalah serpihan orang UMNO yang kalah dalam jawatan.

Tidak sampai dua tahun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memerintah sudah ramai di kalangan ahli mereka yang menikam sesama sendiri, merebut kuasa serta tamak mahu menjadi Perdana Menteri.

“Alhamdulillah UMNO dibersihkan dari ahli yang tamakkan kuasa dan kebendaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas video Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerangkan tentang agenda perjuangan Bersatu.

“Dalam video ini, bersungguh-sungguh Pengerusi Bersatu memberi keyakinan dan menerangkan bahawa perjuangan mereka demi bangsa dan negara.

“Bukan seperti parti UMNO, beliau mencaci orang UMNO dengan pelbagai tuduhan dan menuduh macam-macam kepada parti UMNO.

“Tetapi, tidak pun sampai dua tahun, kawan-kawan dalam Bersatu sendiri yang menikam beliau, merancang untuk merebut kuasa, tamak untuk menjadi Perdana Menteri, apa yang dicakap semunya adalah bohong,” katanya.

Beliau berkata, malah Tun Dr Mahathir turut mengugut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya membubarkan UMNO.

“Yang mendengar cakap, yang merayu membawa kes untuk dibantu oleh Bersatu semua dilepaskan tanpa ada dakwaan.

“Natijahnya, apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid tidak mendengar kata, beliau pula didakwa dengan 87 pertuduhan," katanya lagi.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.