Mohd Zain bin Jameli merupakan generasi kedua Felda memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah banyak berbakti kepada rakyat khususnya kepada warga peneroka Felda.
Muhyiddin yang dahulunya pernah berada di dalam Pakatan Harapan telah banyak menyebabkan rakyat khususnya orang Melayu rasa dianak tirikan oleh kerajaan PH sepanjang 22 bulan pentadbirannya.
Beliau juga menceritakan bagaimana dengan bantuan Kerajaan Barisan Nasional dahulu warga Felda telah banyak menikmati perubahan dalam hidup. Lihatkah apa yang ada di sekeliling kita hari ini.
Beliau menyeru kepada pengundi-pengundi di Johor khususnya warga Felda ingat apa berlaku kepada negara sepanjang 22 bulan di bawah PH dan sokonglah parti yang benar-benar telah membuktikan sumbangannya kepada rakyat dan negara khususnya di Negeri Johor ini.