SYARIKAT SUSU FARM FRESH BAKAL DISENARAI DI BURSA MALAYSIA



Farm Fresh Bhd akan menjadi syarikat tersenarai dengan nilai sekitar RM2.5 bilion pada 22 Mac bulan ini.

Syarikat Holstein Milk Company yang membina jenama Farm Fresh ini dimulakan pada tahun 2007 oleh Encik Loi Tuan Ee yang mengajak Encik Azmi Zainal menjadi rakan perniagaan untuk menerajui industri tenusu kita.

Masa itu, mereka masih perniagaan yang kecil. Cuma ada 60 ekor lembu sahaja.

Tidak lama kemudian, Khazanah Nasional melabur di dalam syarikat tersebut untuk memiliki kepentingan saham 30%.

Syarikat itu juga dipilih sebagai projek permulaan (EPP) 13 untuk memenuhi sasaran Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) semasa saya PM untuk mengurangan kebergantungan negara kepada hasil tenusu import dan memperkukuhkan jaminan makanan negara (National Food Security).

Sebagai sebuah syarikat di bawah EPP negara, syarikat Holstein itu menerima banyak bantuan dari kerajaan BN dahulu.

Selari dengan sasaran itu, kerajaan BN dahulu mewujudkan  Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang pada tahun 2012.

Kemudiannya, kawasan itu juga dinamakan sebagai Lembah Tenusu Muadzam.

Lembah tenusu ini amat berjaya dan ramai petani tempatan diberi peluang menternak lembu tenusu untuk membekal kepada syarikat Holstein dan syarikat-syarikat susu yang lain.

https://www.hmetro.com.my/node/218708

Tak sampai 10 tahun, syarikat Holstein dengan jenama "Farm Fresh" dengan sokongan kerajaan BN dahulu telah berjaya menguasai sehingga 54% daripada pasaran susu segar tempatan dan menjadi jenama susu nombor satu negara - mengalahkan jenama-jenama asing terkenal yang sudah berpuluh tahun lamanya di Malaysia.

Sebelum kami memulakan langkah memperkukuhkan jaminan makanan negara seperti dirancang bawah Pelan Transformasi kerajaan BN dahulu, pengeluaran susu tempatan hanya mampu memenuhi 4.9% daripada permintaan negara.

Kini, kadar pengeluaran susu tempatan berbanding permintaan tempatan telah naik ke 62% pada tahun 2019 dan dijangka akan mencapai 100% menjelang tahun 2025.

Masa itu, negara tidak perlu lagi untuk bergantung kepada import susu.

Syabas kepada syarikat Holstein Milk Company dan Khazanah Nasional!

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.