Taikun MRCB zaman PM4 tanya jika benar PNB dah bailout Sapura. - Najib Razak

 



Taikun MRCB zaman PM4 tanya jika benar PNB dah bailout Sapura.

Jawapannya ialah benar. 

Ia dibuat pada bulan Januari 2019 dengan suntikan dana sebanyak RM2.7b selepas rakan baik kamu dalam Majlis orang tua-tua dilantik pengerusi PNB dan boss besar kamu adalah Perdana Menteri.

Sebelum tahun 2019 itu, Sapura bukanlah syarikat GLC dan PNB bukan pemegang saham terbesar Sapura. 

Namun selepas menjadi pemegang saham terbesar, PNB gagal membantu Sapura untuk mendapat kemudahan modal kerja dari bank sebanyak RM2 bilion bagi memudahkan syarikat tersebut menyampaikan projek.

Tak lama lagi, pandemik Covid melanda. 

Lockdown-lockdown, penutupan sempadan serta kemelesetan ekonomi di Malaysia dan seluruh dunia memberi impak negatif yang amat besar kepada Sapura sebab ianya amat sukar bagi Sapura meneruskan kontrak sedia ada untuk mendapat bayaran.

Aliran tunai Sapura pun menjadi kritikal.

Diburukkan lagi apabila bank-bank beku kemudahan bank dari Sapura pada bulan Oktober 2021.

Pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah Sapura juga telah ditukar pada tahun lepas.

Namun mereka tersepit dengan lockdown tahun lepas dan kekurangan modal kerja.

Akibatnya, Sapura terpaksa susut nilaikan aset-aset dan projek-projek dalam tangan sebab tidak boleh meneruskan projek.

Sebab itu kerugian Sapura yang dicatat pada tahun 2021 adalah RM8.9 bilion berbanding RM160 juta pada tahun 2020 biarpun tahun 2020 adalah lebih susah berbanding tahun 2021.

Sebab kerugian amat besar pada tahun 2021 bukan kerugian nyata tetapi kerugian atas kertas akibat proses susut nilai (impairment dan provision) yang sangat agresif.

Tapi sekarang, ekonomi dunia mula melonjak semula selepas seluruh dunia membuka semula ekonomi dan sempadan.

Harga minyak dan gas sedang cecah paras tertinggi.

Permintaan bagi servis Sapura amat tinggi.

Malangnya, Sapura tidak dapat mengambil kesempatan sebab isu kecairan kewangan.

Apa yang amat diperlukan Sapura sekarang ialah kemudahan modal kerja sahaja.

Sebab Sapura masih ada projek dalam tangan bernilai RM6.8 bilion untuk dijayakan.

Jika kemudahan kredit diberi semula, Sapura boleh untung besar semula dalam masa yang singkat.

Sebab apabila Sapura diberi semula kemudahan modal kerja, syarikat itu boleh "write back" ataupun menilai semula susut nilai yang telah direkodkan bagi tahun 2021.

Jika dibuat seperti syarikat-syarikat lain maka Sapura bakal mencatat keuntungan besar bagi suku tahun ini.

Seperti apa yang pernah dibuat oleh MBSB yang mencatat keuntungan selepas bank tersebut menilai semula aset-aset yang mereka telah susut nilai sebelumnya.

"MBSB 4Q net profit surges 202% on asset impairment writeback"

https://www.theedgemarkets.com/.../mbsb-4q-net-profit...

Kerajaan sebenarnya tidak perlu suntik satu sen pun untuk memberi nafas baharu kepada Sapura. 

Tak gunakan satu sen duit Rakyat atau memberi impak kepada bajet tahunan.

Sama ada:

1) Memberi jaminan kerajaan untuk Sapura Energy memohon kemudahan modal kerja sebanyak RM2 bilion dari bank - sebagaimana jaminan sebanyak RM500 juta pernah ditawarkan oleh kerajaan kepada AirAsia pada tahun lepas.

atau:

2) Petronas mengambil alih Sapura dari PNB dan memberi jaminan korporat kepada Sapura untuk memohon kemudahan dari bank.

Dengan ini, PNB tak perlu rugi RM4b hingga RM5b. Bank tak terdedah kepada risiko kerugian mencecah RM10b. Pekerja-pekerja Sapura dan vendornya tak terjejas. Vendor-vendor Sapura tidak muflis dan aset-aset berharga dan amat berguna bagi sektor minyakk dan gas negara tidak jatuh dengan harga jualan paksaan ke tangan asing.

Tulisan Pak Kadir. Orang ulas, dia pun nak sibuk walaupun dia tak faham apa-apa:

https://www.facebook.com/akadir.jasin.5/posts/10226175583792101

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.