USAHA ISMAIL SABRI MARTABAT BAHASA MELAYU WAJAR DIPUJI

 


Usaha Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memartabatkan bahasa Melayu wajar dipuji kerana ketika 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir, PPBM dan DAP jelas meletakkan bahasa Melayu di tempat yang tidak sepatutnya.

Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan kepentingan bagasa Melayu sebagai alat untuk perpaduan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Tindakan beberapa pemimpin dari kerajaan PH pada ketika itu yang dillihat seolah-olah menghina bahasa Melayu adalah amat dikesali dan menafikan hak bahasa Melayu di dalam Perlembagaan.

Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan pula menyebut bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen : Dengan syarat bahawa-

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain;

(b) tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan penhajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam persekutuan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri ada menyebut bahawa memperjuangkan Bahasa Melayu diperingkat Antarabngsa merupakan cita-cita Perdana Menteri yang telah lama tersimpan dalam perjuangan beliau.

Cadangan Perdana Menteri supaya mana-mana wakil Malaysia di peringkat antarabangsa untuk bercakap dalam Bahasa Melayu juga amat dialu-alukan bukan untuk merendahkan martabat seseorang itu tetapi untuk memartabatkan Bahasa Melayu itu sendiri.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.