Tempoh empat belas hari kepada pemilik akaun FB bernama Razak Bidin memohon maaf kepada Dato' Seri Ahmad Said kerana dakwaan memfitnah semakin menghampiri penghujungnya.
Dalam satu ucapan beliau ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di TER semalam menawarkan RM 10 ribu kepada mana-mana individu yang dapat membawa 'Razak Bidin' kepadanya.
Beliau juga memaklumkan, sekiranya dalam tempoh itu tiada permohonan maaf dibuat. Tindakan perundangan seterusnya akan diambil selepas Ramadhan nanti.
Terdahulu seorang pengguna FB Razak Bidin (Fake Akaun) mendakwa telah menjual tanah di Pulau Redang kepada Vincent Tan. Ahmad Said menafikan dan menuntut permohonan maaf dalam masa 14 hari atau berdepan tuntutan saman fitnah.