Masjid Kristal.
Kerajaan BN ambil masa 3 tahun, bina 2006 dan siap 2008. Kerajaan PAS ambil masa 3 tahun untuk baik pulih, mula 2019 siap 2022.
RM22 juta kos bina zaman BN. Kos baik pulih RM2 juta zaman PAS.
Zaman BN, ia digelar projek membazir. Dijaja sebagai Masjid Kristal Patrick Lim. Viral ketika itu, video jelmaan 'jin Patrick Lim' pada kubah masjid. Tidak boleh dibuat Solat Jumaat. Kerajaan BN bina masjid untuk bermegah-megah dan kemewahan. Dek kerana kos pembinaan RM22 juta.
Zaman PAS, ia dipuji cantik, diakui tarikan pelancong dan dimasyhurkan sana sini seolah-olah ia baru siap dibina. Kerajaan PAS ambil masa lebih 3 tahun untuk jadikan warna kubah masjid kristal kehijauan pada waktu malam. Dek kerana kos baik pulih RM2 juta.
Semua bangunan perlukan kerja-kerja menambah baik infrastruktur, penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan, apatah lagi masjid kristal adalah sebuah produk pelancongan. Itu keperluan dan kebiasaan.
Zaman PAS, ia menjadi kecoh, soalah-olah kerajaan negeri sedang membina semula sebuah tamadun yang telah runtuh. Kenapa? Nak berpolitik? Atau tidak biasa menjadi kerajaan?
Zaman BN, proses baik pulih telah dibuat oleh PMINT dan JKR tahun 2017. Sepatutnya ia disambung. Tetapi, ia ditutup tahun 2018 kerana tidak selamat.
Walaupun ambil masa lebih 3 tahun untuk dibuka semula, pemain industri pelancongan di Terengganu perlu bersyukur kerana otak sesetengah orang PAS telah berubah menjadi positif terhadap masjid kristal.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=514085233451426&id=100045498600244