Mengikut "Laporan Political Engagement PAS Pusat" yang tular di media sosial semalam iaiatu pada bilangan 4. Bertarikh 4 April bertempat di Kediaman Datuk Seri Hamzah Zainudin, rumusan yang dibuat adalahh seperti berikut:-
i - Maklumkan Datuk Seri Tajudin ada berjumpa dengan dengan Larut untuk membantu membuat move politik dalam UMNO. Tajudin mengakui nyawa politik dalam UMNO bergantung kepada BERSATU.
ii - Larut ada sebut beberapa option kepada Tajudin sebagai langkah yang boleh dibuat jika DSIS ingin mengadakan pemilihan sebelum GE15.
iii - ROS akan menolak pindaan Perlembagaan pada EGM jika mendapat SD tidaks setuju pindaan oleh AMT UMNO kem Putrajaya.
iv - Mengetahui UMNO sukar nak harapkan DSIS dan team berani untuk buat gerakan di atas:
v - Larut & Co dalam Bersatu (kecuali TSMY dan beberapa kecil) menyatakan jalan terbaik adalah MN+, di mana 3 parti dapat kerjasama dalam GE15. Kerusi lompat 15 boleh dikembalikan kepada UMNO sekiranya Zahid Hamidi dan Najib Razak tiada dalam kepimpinan UMNO atau berada di dalam penjara.
vi - Halangan utama PN untuk kuasai dan bubarkan UMNO adalah Zahid. Sukar benamkan Zahid kecuali guna Mahkamah.
Raja Petra sudah cukup bahan untuk benamkan Mat Hassan. DSIS setuju dedah dan eliminate Mat Hassan.
Laporan 5 muka surat itu menimbulkan banyak persoalan khususnya di kalangan ahli dan orang-orang UMNO tentang wujudnya kem dalam UMNO seperti mana disebutkan.
Ramai juga terkejut dengan keterlibatan PAS untuk memenjarakan Zahid Hamidi, Najib Razak dan juga Tok Mat Hassan dan rakyat mempersoalkan keihklasan PAS dalam mencari kebenaran kerana banyak tindak-tanduk PAS dan juga kenyataan pimpinan mereka yang sentiasa berubah mengikut kehendak nafsu politik pemimpin mereka.
Link Dokumen Laporan Political Engagement Pas Pusat