UMNO TERENGGANU DAN SELANGOR CUBA DILAGAKAN

Beberapa hari lepas sebuah portal menerbitkan satu artikel bertajuk 'UMNO Terengganu Buat Tindakan Bodoh Menjahanamkan UMNO Selangor.

https://www.1media.my/2022/05/umno-terengganu-buat-tindakan-bodoh.html

Seperti yang semua sedia maklum UMNO Terengganu konsisten sejak dari awal menolak kerjasama dengan Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu memaklumkan bahawa beliau amat mengenali Pas dan Pas adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.

Dan hari ini semua dapat melihat siapa Pas yang sebenarnya. Ketika bersama menjadi pembangkang dan membentuk MN lain nada Pas.

Apabila menjadi kerajaan dengan PPBM berada di dalamnya lain pula jadinya.

Tidaklah perlu untuk melagakan antara UMNO Terengganu dan UMNO Selangor kerana kedua-dua pimpinan utama negeri merupakan MKT UMNO dan berada dalam Biro Politik UMNO.

Mereka semestinya tahu apa yang sedang berlaku di negeri masing-masing.

Malah Presiden UMNO sudah pun memberi lampu hijau kepada UMNO dan BN Terengganu untuk semua kerusi dun dan parlimen pada PRU 15 yang akan datang.

Sedar atau tidak rakyat Terengganu sekarang ini sedang dalam mood menolak kerajaan pimpinan Pas di Terengganu kerana kelemahan urus tadbir negeri.

Admin pun tak tahu apa niat sebenar disebalik penerbitan artikel berkenaan oleh portal terbabit.

Artikel ini juga perlu dijadikan sandaran mengapa UMNO Terengganu menolak kerjasama dengan Pas.

Pas gagal jumpa UMNO teruskan MN di Terengganu 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pas-gagal-jumpa-umno-teruskan-mn-di-terengganu-360024

Selain itu banyak lagi perkara yang menjadi punca tidak wujudnya MN di Terengganu.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.