Sumber dalaman Bersatu mendedahkan perkara itu dan antara dua cadangan yang didakwa dinyatakan sendiri oleh kalangan pemimpin parti tersebut dalam mesyuarat berkenaan adalah kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika ini.
“Bagaimana caranya. Itu tidak disebut. Tetapi jika difikir secara logik, caranya adalah dengan menarik sokongan.
“Cuma sekarang ini Bersatu tak buat lagi sebab kalau Ismail Sabri jatuh, tidak tahu siapa yang akan naik. Jadi parti itu tidak mahu perkara itu berlaku. Sebab Bersatu memang ada niat untuk memegang kembali jawatan Perdana Menteri” dakwa sumber tersebut.
SUMBER : https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/bersatu-bincang-kedudukan-ismail-sabri/
Sehubungan dengan itu, kedudukan Ismail Sabri nampak goyah dengan adanya gerakan dari parti dalam kerajaan hari ini (Keluarga Malaysia) yang ingin mengugat kestabilan dan kemakmuran rakyat yang kini berada di fasa peralihan pendemik covid 19.
Rata-ratanya negara menuju kearah yang lebih baik dibawah kepimpinan Perdana Menteri DS Ismail Sabri dimana pendekatan yang lebih sederhana serta harmoni diambil apabila beliau dilantik menjawat jawatan nombor satu negara pada 21 ogos lalu.
Apa yang pasti ketika ini, DS Ismail Sabri tidak menghiraukan perkara-perkara tersebut dan ianya terus membela untung nasib rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup di fasa pendemik ini serta strategi ampuh untuk memacu ekonomi negara kearah yang lebih baik dan jitu dengan beberapa pelaburan yang mula masuk ke Malaysia saat ini.
Dengan kebijaksanaan DS Ismail Sabri serta semua pihak yang komited menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menjadikan negara sekarang ini makmur dan boleh ditadbir dengan baik supaya negara kembali pulih dari krisis pandemik dan ekonomi.
Kestabilan hari ini ialah satu bentuk persefahaman yang unik melibatkan semua pihak yang turut sama berikrar menjunjung titah Seri Paduka Baginda.
Pada 28 Februari lepas, Tuanku bertitah bahawa ahli politik di negara ini perlu fokus kepada usaha untuk menjaga kepentingan rakyat.
Oleh itu, apa sahaja tindakan untuk menganggu kestabilan yang ada termasuk mendesak untuk pembubaran Parlimen segera ia melanggar titah Seri Paduka Baginda yang mahu semua pihak memelihara terus kestabilan yang ada.
Tidak kira perbuatan berkenaan datang dari mana-mana kumpulan atau parti sekali pun ia bertentangan dengan apa yang dihajati oleh baginda Tuanku Al-Sultan Abdullah.
Oleh itu, semua pihak perlu menjunjung titah berkenaan dan memberikan fokus sepenuhnya kepada menyelesaikan masalah ekonomi dan masalah rakyat.
Segala perbezaan pendapat dan perselisihan faham serta ideologi politik berbeza perlu diketepikan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi sebelum nanti sampainya tarikh serta masa sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.
Namum begitu, beliau tidak terlepas dengan beberapa pihak cuba memperlekehkan kestabilan yang sedang kita kecapi ketika ini. Perlu kita ingat kestabilan yang ada pada hari ini tidak datang bergolek begitu sahajaKebijaksanaan DS Ismail Sabri berjaya meletakkan negara dalam keadaan stabil setelah kerajaan Pakatan Harapan(PH) 22 bulan ditumbangkan(sendiri) dan diikuti dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang gagal menguruskan krisis kesihatan rakyat ketika itu dengan perbelanjaan billion ringgit telah dilaburkan.
Kestabilan yang ada pada hari ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia apabila parti kerajaan dan parti pembangkang sama-sama menandatangani memorandum persefahaman untuk mengekalkannya supaya negara dapat ditadbir dan diterajui dengan baik.
Ianya bukan semata-mata hanya sokongan dari Ahli Parlimen tetapi lebih daripada itu yang bersifat menyeluruh.
