Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Tok Pa yang juga Ahli Parlimen Jeli yang menang atas tiket UMNO sebelum melompat masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyerahkan dana sebanyak RM30 juta kepada isterinya untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadi.
Presiden UMNO mendakwa wang itu digunakan untuk membawa balik para pengundi Kelantan yang sedang bermaustatin di luar untuk pulang mengundi namun dana itu tidak digunakan untuk tujuan tersebut.
Perkara itu telah dihidu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.
“Saya bukan cakap ini sekadar hearsay. Saya tahu atas kapasiti sebagai Presiden UMNO. Saya difahamkan dana itu tidak digunakan untuk tujuan logistik seperti yang sepatutnya sebaliknya telah diserahkan kepada isterinya untuk dimasukkan dalam akaun peribadi.
“Beliau kemudian jadi takut ianya mungkin akan disiasat maka membuat keputusan untuk melompat sahaja ke Bersatu.
Petikan MalaysiaGazette