Berikut adalah posting DS Najib dalam Fb :
Perangai atok sebiji dengan si Tommy.
Enggan beri kerjasama kepada kerajaan hari ini.
Malah, Suruhanjaya Siasatan DIRAJA (RCI) pun mereka tak hormat.
Seperti laporan polis yang merupakan arahan RCI BNM ditarik balik oeh kerajaan PH dan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut ketika Atok merupakan PM dan Tommy merupakan peguam negara.
"Julai 2019: Tiada tindakan lanjut untuk dapatan RCI forex"
https://www.malaysiakini.com/news/481988
Jika begini, misteri kes kehilangan Pulau Batu Puteh, kes-kes mahkamah ke atas pemimpin PH digugurkan begitu sahaja, kes-kes pendakwaan terpilih dan kenapa hakim baharu yang langsung tiada pengalaman kes jenayah boleh pulak tiba-tiba dipindah ke mahkamah jenayah untuk ganti hakim bagi kes paling berpofil tinggi saya biarpun perbicaraan sudah bermula akan tetap menjadi misteri.
Seperti skandal dana BNM sebanyak RM33 bilion (bersamaan dengan nilai RM200 bilion) yang lesap begitu sahaja tanpa satu sen pernah dikembali dan tiada seorang pun yang pernah bertanggung jawab atas kehilangannya.
Sekiranya pernah diberi tampuk kuasa, korang perlu bertanggung jawab dan menjelaskan pada negara dan Rakyat.
Itu baru jantan.