KENAIKAN KADAR OPR TIDAK PERLU - DR. ASYRAF

KEKALKAN KADAR OPR, USAH BEBANI LAGI RAKYAT YANG SEDANG MERANA

Ramai yang mengeluh apabila menerima surat Bank untuk menaikkan kadar faedah/keuntungan yang meningkatkan jumlah ansuran bulanan bagi pinjaman yang dibuat oleh rakyat.

Hakikatnya kadar kenaikan ini pasti menjejaskan rakyat tidak kira yang bekerja swasta apatah lagi yang bergaji tetap dengan kerajaan.

Sudahlah barangan keperluan asas meningkat, pertambahan bayaran pinjaman bank pastinya mengurangkan kuasa beli rakyat akibat menipisnya wang di poket dan di tangan.

Ya! Dalam pendekatan ekonomi konvensional, salah satu cara untuk menurunkan inflasi adalah dengan menaikkan kadar faedah (OPR). Dengan harapan kenaikan ini akan meningkatkan kemasukan pelaburan domestil dan asing (FDI dan DDI) kerana secara teorinya pelabur akan lebih berminat membeli pelbagai instrumen kewangan di pasaran kewangan yang menawarkan kadar faedah/keuntungan yang tingggi.

Persoalannya,
1. Apakah benar dalam konteks negara kita ketika ini, menaikkan lagi kadar faedah (OPR) membawa manfaat kepada rakyat?
2. Apakah benar ada kenaikan FDI secara mendadak selepas kenaikan OPR?
3. Apakah ada pertambahan pembelian saham runcit di Bursa Malaysia atau penigkatan pembelian saham oleh pelabur asing atau KLSE Index telah meningkat mendadak sejak OPR dinaikkan? 
4. Apakah jumlah permohonan pinjaman dengan bank tempatan berkurang secara mendadak selepas OPR naik?
5. Apakah jumlah deposit tetap (FD) di semua bank dalam negara meningkat secara mendadak selepas OPR naik?

Yang jelas tiada peningkatan besar berlaku kerana hakikatnya pelbagai laporan ekonomi menunjukkan bahawa pelabur sebenarnya MENANTIKAN TARIKH PILIHANRAYA UMUM bagi mendapatkan kepastian kerajaan yang mutlak dan dasar baharu pasca PRU15. 

Tangguhkan dahulu kenaikan bagi memastikan harga barangan keperluan harian lebih stabil. 

Jangan nanti kita menambah beban lagi rakyat dengan pendekatan ekonomi konvensional hingga masalah lain yang lebih besar seperti ‘stagflation’ pula tertimpa!

#PemudaJurubicaraRakyat

Sekarang ini tiada lansung alasan ekonomi kenapa OPR perlu dinaikkan kerana inflasi yang terjadi bukan disebabkan oleh aggregate demand meningkat melebihi kapasiti pengeluaran, tetapi kerana supply side disruption serta kapitalis besar sengaja ambil kesempatan.
Menaikkan kadar bunga bukan sahaja tidak akan menyelesaikan isu-isu berkaitan supply side, malah akan memparahkan lagi keadaan.

Kenaikan kadar bunga oleh Bank Pusat Amerika baru-baru menyebabkan ekonomi Amerika bakal berhadapan dengan resessi.

Ditambah pula Household debt to GDP ratio Malaysia antara paling tinggi se-Asia.
Ini bererti kalau kadar bunga meningkat, maka bebanan pembayaran balik hutang oleh rakyat Malaysia adalah lebih tinggi per basis point kenaikan berbanding negara serantau.

 Menteri Kewangan punya kuasa untuk menghalang BNM dari menaikkan kadar bunga, merujuk kepada Fasal 72 Akta Bank Negara 2009. Gabenor perlu dengar dan akur cakap Menteri Kewangan. Mari kita lihat apa tindakan Menteri Kewangan Malaysia jika BNM mahu naikkan OPR.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=587355046094547&id=100044601692003
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.