Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika dalam ucapan penggulungan Presiden dalam Persidangan Agong UMNO 2022 baru-baru ini mengumumkan pembentukan Majlis Ulamak UMNO yang akan dipenerusikan oleh Dato' Haji Dusuki Ahmad.
Dato' Dusuki merupakan seorang pemikir dan veteran UMNO yang pernah menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Dato' Dusuki seorang lulusan Syariah daripada Al-Azhar dan pernah menjadi Ahli Parlimen Tumpat dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Wilayah dan Kementerian Kewangan dari tahun 1982-1990.
Exco Pemuda Malaysia (1976-1984), Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Biro Agama UMNO Malaysia.
Selaku tokoh Agama yang banyak pengalaman dan jaringan persahabatan di kalangan ulamak dan cendekiawan Islam dalam dan luar negara, saya percaya Dato’ Dusuki mampu membantu saya dan UMNO untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiyyah, pendidikan Islam dan tarbiyyah dalam parti.
Dalam satu posting FB beliau hari ini AHmad Zahid memaklumkan bahawa Dato' Dusuki akan dibantu oleh Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS.