Ekonomi Cchina telah menunjukkan pertumbuhan yang agak agresif sejak 30 tahun yang lalu dan menjadikannya ekonomi terbesar dunia.
Sehingga kini nafsu China untuk menjadi kuasa terbesar dunia menjadi makin memuncak. Presidenya Xi Jin Peng telah mengumumkan untuk memimpin dunia menjelang tahun 2050.
Perkara itu menyebabkan AMerika Syarikat dan Eropah paling terkesan apabila China menguasai dunia.
Jadi mari kita lihat kesan sekiranya China menguasai dunia.
Walaupun Amerika Syarikat masih memegang kuasa ekonomi terbesar dunia namun mereka sedang diasak dengan hebat oleh China. Sehinggakan beberapa tarif produk yang diimport dari China telah ditingkatkan oleh Presiden Trump.
Pada masa ini matawang Dolar berada dalam keadaan kukuh disebabkan semua perdagangan menggunakannya. Tetapi China bertekad untuk menggantikan perdagangan daripada penggunaan USD kepada Yuan sebagai matawang perdagangan antarabangsa.
Kesannya Amerika akan turun daripada kuasa ekonomi terbesar dunia dan menyebabkan ekonomi Amerika sendiri merudum.
Selepas berabad lamanya Eropah selesa berada di atas, akhirnya kuasa mereka mula merosot.
Bermula sejak tahun 2000, pengaruh negara-negara Eropah mula menurun sementara kuasa Asia meningkat naik.
India dan Indonesia paling terkesan dan dijangka dua negara ini nakan menjadi "top five" negara yang memegang ekonomi dunia.
Banyak negara Eropah sudah mula memberi reaksi terhadap perkara ini dan cuba meimbangi untuk mendapatkan kekuatan mereka kembali.
Jika ini berlaku kita akan melihat penurunan gaji di Eropah serta kemewahan mereka hilang apabila Asia mengambil alih kuasa ekonomi dunia.
Jepun dilihat negara paling terancam di Asia selepas kebankitan ekonomi China ini.
Sentimen dan propaganda kekejaman Jepun masih memainkan peranan penting di mana kerajaan China memastikan setiap rakyatnya tidak melupakan bahawa Jepun adalah musuh.
China telah mengambil alih posisi kuasa terbesar ekonomi dunia daripada Jepun yang sebelum ini dipegang oleh Jepun lebuh 42 tahun.
Kini hampir semua produk dan teknologi dibangunkan oleh China dengan kualiti setanding Jepun malah ada yang lebih hebat.
Apabila kebangkitan China ini berlaku, Jepun tiada pilihan lain selain menurut segala perintah China atau akan diketepikan.
Parti Komunis China telah mengatakan secara terbuka hasrat mereka untuk menulis sejarah semula.
China bertekad untuk menulis semula salah faham barat terhadap sejarah China dengan kata lain memberi persepsi lain terhadap dunia mengenai sejarah mereka.
Antaranya adalah mengubah persepsi buruk pengasas Republik Rakyat China kepada pemimpin yang lebih bijak dan berpengaruh.
Walaupun China mendakwa ia adalah kebangkitan yang aman tetapi ia mungkin tidak akan kekal. Sejarah membuktikan konflik sebegini berakhir dengan keganasan.
Beijing telah membina pasukan tentera bertaraf dunia yang boleh melawan dan menang dalam peperangan walaupun berhadapan kekuatan tentera Amerika yang hebat.
Selain itu Taiwan berkemungkinan menjadi sasaran. Beijing menegaskan dalam tuntutan mereka bahawa akan mengambil kembali Taiwan ke dalam wilayahnya.
Beijing menegaskan jika tidak boleh kembali kepada China dengan sukarela mereka akan mengambil alih secara paksaan dengan alasan tersendiri.
Ramai berpendapat China banyak memberi kesan buruk kepada semua negara. Namun tidak bagi Afrika.
Menjelang tahun 2025, China menjangkakan jumlah pelaburan ke Afrika mencecah 4 trilion. Pada ketika ini negara-negara barat mempunyai keraguan dalam membuat pelaburan yang banyak di sini.
Ini menjadikan China negara terbesar memberikan bantuan kepada negara-negara Afrika. Kebiasaannya bantuan yang diberikan kepada Afrika mempunyai agenda yang tersirat terutamanya bagi Amerika dan Eropah.
Namun sebaliknya bagi China, mereka lebih berminat untuk mendapatkan keuntungan daripada pelaburan ini.
Kesimpulannya kebankitan China menjadi kuasa besar dunia telah memberikan impak positif kepada negara lain seperti Indonesia, India dan Afrika.
Sebaliknya bagi Eropad dan Amerika Syarikat mereka harus labih keras untuk mengimbangi kekuatan yang dicetuskan oleh China ini.