Setelah Datuk Armand Azha memgumunkan untuk menawarkan diri, kini giliran YB. Dr. Mohammad Akmal Saleh juga mengesahkan menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan melaluinsatu posting di FB beliau hari ini.
Setakat ini sudah dua orang telah menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu.
Seorang lagi nama yang dijangka akan menawarkan diri adalah Saudara Shahril Sufian Hamdan yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekarang ini. Walaubagaimanapun beliau masih belum membuat apa-apa kenyataan berkenaan perkara ini.
Untuk rekod Dr. Akmal seorang wakil rakyat mewakili Dun Merlimau di Melaka Dan sekarang merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka.