DR. AKMAL SALLEH ANTARA NAMA 'FAVOURITE' UNTUK CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

 



Yang Berhormat Dr. Muhammad Akmal bin Salleh (35), antara nama-nama yang dilihat berpotensi untuk diangkat menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi menggantikan Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti itu nanti.




Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan bahawa Dr. Akmal akan berdepan dengan Armand iaitu seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telahpun mengumumkan untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut.

Armand yang dimaksudkan adalah Datuk Armand Azha, Ketua UMNO Bahagian Subang,

Dalam satu posting FB, Dr. Akmal tidak menafikan dan tidak juga mengiyakan beliau akan menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu.

Facebook Dr. Akmal Salleh

Dalam pada itu, rata-rata komen netizen dalam ruangan FB beliau mengalu-alukan dan memberikan sokongan padu untuk Dr. Akmal menawarkan diri untuk jawatan berkenaan.






Menurut sumber, selain daripada itu beberapa nama lain turut disebut bakal menawarkan diri untuk jawatan tersebut iaitu dua orang YB muda dari Johor dan seorang lagi YB muda dari Melaka.

Sementara itu, penyandang Naib Ketua Pemuda iaitu Saudara Shahril Sufian Hamdan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada mahu menawarkan diri atau tidak untuk jawatan nombor satu pemuda itu.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.