JATUH BANGUN SEORANG BERNAMA DATO' SANI

 


Bas ekspres merupakan antara pengangkutan yang popular bagi rakyat terutamanya golongan pelajar dan mahasiswa. Ia merupakan pengangkutan dengan kos yang rendah.

Mengikut data jumlah bas seluruh negara adalah lebih kurang 60 ribu buah. Walaubagaimanapun pendemik covid 19 banyak memberi kesan kepada syarikat pengusaha bas ini kerana kekangan dan halangan sewaktu prinrah kawalan pergerakan (PKP).

Namun begitu ada juga syarikat bas yang mampu mengharungi tempoh sukar itu antaranya ialah Syarikat Sani Ekspres.

Dato' Wan Mohamad Sani bin Salleh berasal dari Kuala Terengganu merupakan pengasas dan juga Pengerusi Syarikat Sani United Berhad. 

Selepas tamat tingkatan lima di Sekolah Menengah Tengku Bariah, Kuala Terengganu beliau mengambil keputusan yang berani dengan berhijrah ke Kuala Lumpur dengan dibantu oleh sepupunya Wan Dzaharudin Nazam.

Pekerjaan pertama beliau adalah pembantu am dengan gaji hanya RM500. Pada masa ini beliau ditugaskan untuk menguruskan mesin borang tender dan diberi penyapu untuk mengemas pejabat. 

Seterusnya pada tahun 1994 beliau diberikan tugas sebagai 'despatch boy' dan terpaksa meminjam motorsikal daripada sepupunya untuk bekerja. Sejak daru situlah beliau mula berjinak-jinak  bekerja di luar pejabat dan memperlajari selok-belok laluan di Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu beliau berkenalan pula dengan Dato' Seri Idris Md Yusof atau lebih dikenali dengan nama Eizlan Yusof yang ketika itu baru mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Pada tahun 1995, apabila syarikat gagal mendapatkan beberapa tender, ini mengakibatkan syarikat terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan yang teruk. 

Setelah itu beliau membuat keputusan untuk menumpukan sepenuh masa dalam dunia lakonan. Persahabatan kedua-duanya membuahkan hasil apabila mereka telah mendapat banyak tawaran berlakon dengan beberapa buah produksi seperti HVD, Kuasatek Pictures, JD Production, Bright Netrwork dan banyak lagi.

Antara tahun 1997 dan 1998 kegawatan ekonomi telah melanda dunia dan ketika itu stesen tv swasta TV3 yang banyak mengambil filem dan drama tv tempatan turut terjejas. 

Ia kemudiannya memberikan impak yang negatif kepada beberapa produksi sehingga terpaksa berdepan dengan masalah kewangan yang teruk.

Keadaan ini membuatkan mereka kehilangan sumber pendapatan yang teruk dan terpaksa menjual kereta peribadi serta barangan bernilai bagi meneruskan kehidupan.

Pada tahun 1999 beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama 'Impression' yang menggabungkan dirinya, Eizlan Yusof dan Nurhakim Zaidon (Norman Hakim). 

Dato' Sani telah berusaha menjual hasil ilham mereka kepada beberapa syarikat rakaman seperti BMG, Warner Music yang akhirnya Syarikat Sony Music berminat mengambil mereka bernaung di bawah labelnya. 

Bermula daripada situ, pendapatan mereka kembali meningkat. Setiap minggu mereka mendapat jemputan untuk melakukan persembahan seperti di pusat beli belah, hotel, jamuan kahwin dan pelbagai majlis lainnya.

Ketika Dato' Sani merancang untuk membuat album kedua, NOrman Hakim pula mendapat tawaran drama berjudul Gerak Khas secara kontrak selama dua tahun.

Walau bagaimanapun Dato' Sani tidak mengalah IMpression diteruskan dengan Norman Hakim digantikan dengan ahli baru Aril seorang model.

Ketika mereka sudah merakamkan tiga buah lagu Dato' Sani tidak dapat meneruskannya lagi kerana sudah kehabisan modal. Pada masa yang sama, Dato' Eizlan pula telah mendapat tawaran berlakon sehinggakan dilantik sebagai eksekutif di sebuah syarikat produksi.

Keadaan itu menjadikan dua daripada anggota kumpulan itu terikat dengan tawaran masing-masing. 

Masa depan Impression ketika itu menjadi agak kabur dan membuatkan Dato' Sani membubarkan kumpulan tersebut dan lagi aktif dalam dunia hiburan.

Setelah tiada lagi pekerjaan pada tahun 2000, Dato' Sani telah pergi ke sebuah bank pelaburan dan mula berjinak-jinak dengaan dunia pelaburan saham dan secara kebetulan beliau dapat berkenalan dengan pakar pelaburan saham.

Daripada situ beliau telah mendapat banyak tips untuk membeli dan menjual saham dengan mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda sehinggakan pelaburan beliau mencecah lebih RM 1 juta. 

Pada ketika Datp' Sani baru sahaja berusia 24 tahun dan sudahpun menjadi seorang jutawan pada usia yang tersangat muda. 

Walaubagaimanapun tragedi serangan menara berkembar World Trade Center di New York menyebabkan pasaran saham jatuh merudum. 

Ketika itu Dato' Sani telahpun melaburkan hampir kesemua wangnya ke pasaran saham dan akhirnya telah kehilangan segala-galanya seperti wang pelaburannya, kereta dan kondominum mewah sehinggakan beliau hampir muflis.

Apabila menjadi begitu seorang sahabat beliau ketika itu iaitu Md Yusri yang bekerja di sebuah syarikat perbankan telah menumpangkan beliau untuk tinggal di rumahnya di sebuah flat di Kajang.

Dengan berbaki wang RM 1800 dalam simpanan beliau terpaksa membahagikan wang yang ada dengan menggunakan wang RM3 sehari untuk membeli makanan selama enam bulan. 

Setahun kemudian iaitu pada tahun 2002 apabila pihak bank telah melelong kondominum beliau barulah Dato' Sani mendapat lebihan wang dan pulang ke kampung seterusnya membuka sebuah bengkel kereta bersama adiknya Wan Mohd Iskandar.

Keadaan ini menyebabhkan beliau dipandang negatis oleh penduduk setempat. Namun cahaya kejayaan mula bersinar pada tahun 2003 selepas beliau menubuhkan syarikat uang diberi nama Sani United Sdn. Bhd dalam usahanya mendapatkan kontrak penyelenggaraan kenderaan.

Dengan kerajinan dan usahanya beliau berjaya mendapat kontrak dan berjaya menambahkan pendapatan syarikat daripada RM 15 ribu sebulan kepada RM 80 ribu sebulan. 

Dalam masa enam bulan syarikatnya berjaya menyelenggara sehingga 200 kenderaan sebulan dan menggandakan pendapatan kepada RM 160 ribu sebulan. 

Selepas perniagaan sudah dilihat stabil, Dato' Sani sekali lagi berhijrah ke Kuala Lumpur dengan memasang niat untuk menubuhkan sebuah syarikat bas ekspres. 

Dengan menekankan konsep teknologi dan desain terkini beliau berjaya menarik dua orang rakan kongsi dalam meneruskan rancangannya. 

Dato' Sani dan dua rakan kongsinya itu bersetuju untuk membuka pejabat pertamanya di Ukay Perdana dan membuat permohonan lesen kenderaan perniagaan bas ekspres dari Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Namun begitu selepas permohonan lesen ditolak dua kali menyebabkan rakan kingsinya menarik diri. Mereka beranggapan Syarikat Sani United pada masa itu tiada masa depan. 

Walaupun begitu beliau tidak berputus asa dan terus menambah baik kertas kerja beliau dengan bantuan seorang lagi rakan iaitu Norazam dan menghantar sekali lagi permohonan kepada LPKP. 

Selepas hampir sebulan menunggu jawapan akhirnya permohonan Syarikat Sani United mendapat kelulusan LPKP. 

Pastinya ia membawa berita gembira kepada beliau tetapi laluannya selepas ini pastinya lebih sukar dan berliku.

Beliau perlu mendapatkan keyakinan dari institusi kewangan pula abgi pinjaman untuk membeli bas. Selepas beberapa kali memohon selama enam bulan akhirnya permohonan untuk kali ketiga membuahkan hasil.

Untuk memasukkan bas ke terminal bas pada ketika itu Hentian Putra beliau perlu memohon pula dengan DBKL dan terpaksa bersaing dengan 13 syarikat lain di mana hanya terdapat tiga kaunter sahaja yang kosong. 

Selepas mendapat keyakinan daripada DBKL,   beliau telah berjaya mendapatkan kaunter tiket tersebut serta kebenaran untuk memasuki terminal Hentian Putra. 

Cabaran dalam memulakan perniagaan tidak terhenti di situ. Beliau kemudiannya menghadapi masalah lain pula seperti modal pendahuluan dan deposit 20 peratus untuk membeli bas.

Beliau kemudiaanya telah membuat satu perjanjian dengan syarikat pembekal bas tersebut bagi menyerahkan keseluruhan saham syarikatnya kepada pihak itu jika gagal melunaskan bayaran.

Akhirnya, Dato' Sani dapat mengeluarkan bas ekspres yang ditunggunya. Tetapi pada hari pertama be;iau mengambil bas barulah beliau tahu bahawa syarikatnya tidak mempunyai wang untuk membeli bahan bakar. 

Bagi memastikan bas sulungnya bergerak beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan modak membeli bahan bakar dengan menjual tiket bas terlebih dahulu.

Bermula dari saat itulah perniagaan bas ekspres yang dikenali dengan nama Sani Ekspres mula beroperasi iaitu pada awal Januari 2006 sehinggalah perniagaan beliau telah mendapat sambutan yang luar biasa sehingga kini. 

Sani United telah menjadi salah satu syarikat pelaburan 'The Capaital & Investment Company'.

Sani United juga telah mengembangkan empayar perniagaannya kepada perhotelan, feri dan  terminal. 

Kesimpulannya, figura seperti Dato' Sani merupakan seorang pejuang yang sangat hebat dalam mengubah hidup dan merealisasikan impiannya.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.