Peguam Negara melalui satu kenyataan medianya memaklumkan bahawa tindakan untuk menarik balik kedua-dia Permohonan Semakan Ke atas keputusan kes Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, Middle Rock/Batuan Tengah and South Ledge/Tubir Selatan (Malaysia/Singapura) dan permintaan tafsiran ke atas keputusan yang sama adalah tidak teratur dan tidak wajar.
Walaubagaimanapin kerajaan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes tersebut bertarikh 23 Mei 2008.
Dalam pada itu, Peguam Negara sedang mengkaji dalam melaksanakan syor-syor keputusan Pasukan Petugas Khas tersebut termasuk isu berkaitan 'tort misfearsans' dan akan mengambil tindakan yang perlu bagi melaksanakan keputusan yang dibuat Jemaah Menteri.