Seorang pemaju hartanah (MOGUL) memenangi tiket istimewa untuk menyaksikan perlawanan antara Kelab Al-Nassr dan PSG di Riyadh semalam.
Beliau memenangi bidaan tiket istimewa itu dengan harga USD2.6 juta.
Tiket istimewa membolehkan beliau bertemu mata dengan Christiano Ronaldo dan Lionell Messi serta pemain-pemain bintang yang lain.
Bukan setakat itu beliau mempunyai 'access' untuk ke ruang persalinan pemain kedua-dua kelab ternama berkenaan.
Bayangkan bagaimana perasaanya dapat bertemu dengan semua bintang bola sepak ternama dunia seperti Messi, Christiano, Neymar, Mbappe, Ramos, Hakimi dan bintang-bintang lainnya.
Kesemua wang hasil bidaan bernilai USD 2.6 juta diserahkan kepada kempen kenajikan yang dinamakan Ehsan.
Untuk rekod bidaan tiket istimewa itu bermula dengan 1 juta Saudi Riyal atau bersamaan USD 260 000.