MENJAWAB TULISAN TUN M. KE MANA UMNO

Bismillah : Respon Kepada Tulisan Tun M Yang Bertajuk : KE MANA UMNO ?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Buat Semua.

Saya hairan kenapa Tun M sentiasa menumpukan perhatian kepada UMNO ?

Bukankah lebih baik beliau menumpukan usaha untuk memperkasa GTA yang kalah teruk dalam PRU 15 lalu ?

Apa pun saya respon juga tulisan beliau kali ini walaupun sebenarnya malas nak berbuat demikian.

1. UMNO adalah parti Melayu yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan Malaya.

- Betul

2. UMNO jugalah parti Melayu yang membangunkan negara sehingga digelar Harimau Asia.

- Betul

3. UMNO menang pilihan raya dan dapat mendirikan Kerajaan dengan lebih dari dua pertiga kerusi di dewan rakyat.

- Betul

4. UMNO biasa menang sehingga 109 kerusi dalam dewan.

- Betul

5. Tetapi hari ini, dalam PRU 15 UMNO menang hanya 26 kerusi. Jumlah kerusi menurun dari 109 kepada 79, naik sedikit kepada 88, tetapi pada PRU 14 turun kepada 54.

- Bukankah beliau sendiri yang menjadi dalang utama kemerosotan pencapaian UMNO-BN ?

- Lalu apakah wajar untuk beliau mempersoalkan pencapaian UMNO-BN lagi ?

- Lainlah kalau selama ini dia berjuang bersungguh-sungguh untuk memperkasakan UMNO-BN.

6. Pada PRU 15 UMNO cuma dapat 26, kurang separuh berbanding PRU 14.

- Bukankah beliau patut berbangga dengan pencapaian buruk UMNO-BN ini kerana segala usahanya untuk menghancurkan UMNO-BN dan memecahbelahkan orang Melayu sudah berhasil ?

7. Kenapakah sepanjang masa prestasi UMNO menurun. Sebabnya ialah kerana Presiden UMNO tidak pegang kepada asas perjuangan UMNO iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

- Prestasi menurun UMNO bukan sebab Presiden UMNO tetapi sebab ada mantan Presiden UMNO seperti Tun M yang tidak tahu mengenang budi ahli-ahli UMNO yang telah menyokongnya dan tidak tahu menghargai jasa UMNO kepadanya.

8. Dato’ Seri Abdullah (sekarang Tun) menjadikan UMNO sebagai parti keluarga. Tingkat empat guna UMNO sebagai alat untuk kepentingan diri. Walaupun pada PRU 11 UMNO menang besar, tetapi apabila Abdullah utamakan keluarga, BN kalah 5 buah negeri. UMNO hanya menang 79 kerusi – 30 kurang dari 2004.

- Bagaimana pula dengan Tun M yang selama ini memperalatkan UMNO untuk kepentingan keluarganya dan kroni-kroninya ?

- Bukankah itu lebih teruk lagi dari Tun Abdullah ?

9. Pemimpin UMNO bertukar. Sebelum skandal 1MDB, UMNO pulih sedikit dengan kemenangan 88 kerusi dalam PRU 13.

- InsyaAllah, sedikit masa lagi kita akan tahu siapa sebenarnya dalang disebalik kes 1MDB sekiranya DS Najib mendapat perbicaraan semula yang lebih adil.

10.  Tetapi apabila Najib tubuh 1MDB dan seleweng duit serta salah guna kuasa, menjadi wang tunai sebagai raja pun tidak berjaya menarik sokongan orang Melayu. UMNO hanya dapat 54 kerusi.

- Inilah kejayaan besar Tun M dalam proses untuk menghancurkan UMNO-BN dan menjadikan negara ini huru-hara selama 22 bulan di bawah pentadbiran PH.

11.  Zahid Hamidi mengambil alih sebagai Presiden UMNO. Tetapi Zahid juga hadapi caj rasuah di mahkamah dan sedang dibicara.

- Bukankah ini kerana Zahid tidak mahu tunduk kepada Tun M dan tidak mahu membubarkan UMNO ?

- Siapa yang tidak tahu bahawa Tun M telah menubuhkan parti Bersatu untuk menggantikan UMNO ?

12.  Walaupun UMNO menang di Melaka dan Johor tetapi dalam PRU 15 UMNO cuma dapat 26 kerusi.

- Itu yang menghairankan banyak pihak. Menang PRN Melaka dan Johor, tetapi merosot teruk pada PRU 15. Pelik bin ajaib. Tun M tahu ke apa sebabnya ? 

Kami tak tahu apa sebabnya. Kami kena tunggu siasatan SPRM mengenai kes 92.5 billion selesai nanti baru kami tahu apa sebabnya.

13.  Perjuangan Zahid tertumpu kepada kemungkinan dia didapati bersalah. Walaupun sebelum PRU UMNO dakwa menolak Anwar dan DAP, tetapi untuk menyelamat dirinya, Zahid sanggup bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

- Pasca PRU 15, Zahid berkerjasama dengan Anwar kerana akur dengan Usul dan Titah YDPA dan Majlis Raja-raja Melayu.

- Takkan ini pun salah Tun ? Bukankah kesetiaan itu kepada Raja dan Negara ?

14.   Anwar terima UMNO dan BN untuk mendapat 30 wakil rakyat BN. Zahid diberi jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

- Memang wajar untuk Anwar berbuat demikian. Tidak ada yang ganjil di situ.

15.   Kita akan lihat sama ada Anwar akan selamatkan Zahid dari dibicara atau tidak. Apakah reformasi Anwar termasuk “The Rule of Law”.

- Kalau Anwar nak selamatkan Zahid pun memang wajar. Ini kerana Anwar sedar bahawa Zahid telah dianiayai oleh Tun. Tun dah lupa ke ?

- Tun sendiri pun tidak percaya kepada RULE OF LAW lalu kenapa nak persoal Anwar pula ?

- Tun takut ke dengan dasar reformasi institusi Anwar ?

16.   Zahid takut kalau dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri dia akan didapati bersalah. Sebab itu ia tidak benar pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam mesyuarat agong UMNO.

- Tun merepek apa ni ?

Kalau Zahid nak jadi TPM masa zaman TS Muhyiddin pun boleh. Dan memang sepatutnya begitu pun.

17.  Dengan itu UMNO terus dikuasai oleh Presiden yang sedang dibicara kerana rasuah. Besar kemungkinan dalam PRU kerusi UMNO merosot lagi.

Sama-sama kita lihat prestasi UMNO pada PRU 16 nanti.

18.  Penurunan prestasi UMNO disebabkan Presiden-Presiden yang menyeleweng. Perlembagaan UMNO memperuntukkan ahli menukar pemimpin. Tetapi ahli UMNO ternampak bersedia mengekalkan pemimpin yang sedang dicaj pun.

- Itu hak ahli-ahli UMNO. Kenapa Tun nak pertikaikan ?

- Bukan salah pun kalau mereka berbeza pandangan dengan Tun ?

19.   Sekarang Presiden UMNO sedang hadapi caj.

20.  Apakah ahli UMNO akan terus sokong UMNO??  

- Sudah terbukti bahawa majoriti besar ahli-ahli UMNO mahukan DS Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

Jadi kesimpulan saya, Tun jagalah GTA yang hampir nak berkubur tu. 

Bab UMNO ni biar kami sahaja yang jaga. Lagi pun kami lebih setia kepada UMNO berbanding dengan Tun sendiri.

Semoga Allah SWT memberikan taufiq dan hidayah serta mengampuni segala dosa-dosa yang telah Tun lakukan terhadap kami.

Tulisan Tun DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 Januari 2023

Respon oleh : Dato' Dr Ramalan Yunus
18 Januari 2023
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.