Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bersedia dan sesiapa yang terlibat tidak akan terkecuali.
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata demikian apabila Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan ada kebocoran wang kerajaan yang berlaku.
“Bersedialah Tan Sri Muhyiddin dan sesiapa yang terlibat tidak akan terkecuali. Salam,” kata Isham menerusi hantaran di Facebooknya.
Beliau turut berkongsi kenyataan dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kebocoran wang tersebut melibatkan dana antara RM3 bilion ke RM4 bilion kepada parti dan tokok politik tertentu.
Dalam masa yang sama, Anwar selaku Menteri Kewangan juga menekankan kebocoran dana itu mungkin menjangkau lebih dari RM10 bilion yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan.
Muhyiddin yang mengumumkan telah berada di Kuala Lumpur dikatakan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan skandal melibatkan beliau setelah pulang dari London, semalam. BNO