Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M yang dipelopori oleh Najib tetap menjadi sebutan walau sudah beberapa Kali ditukar namanya.
Daripada Bantuan Sara Hidup sehinggalah Rahmah kini rakyat tetap menyebutnya dengan nama BR1M.
Ianya menggambarkan bahawa apa yang Najib mulakan ini benar-benar memberi kesan kepada rakyat sehingga melekat di hati.
Ketika Najib mulakan program BR1M ini pelbagai kecaman dan cemuhan diberikan kepadanya. Namun kini segala tohmahan dan kritikan kembali kepada mereka yang mengkritik itu.
Apapun kritikan yang diberi BR1M jelas memberi kesan yang Besar kepada ekonomi rakyat dan negara dalam sedar mahupun tidak.