Rasuah merupakan musuh besar kepada ekonomi sesebuah negara. Dari kerajaan purba hingga moden, hampir semua ketamadunan pernah berhadapan masalah rasuah. Sesebuah negara itu akan hancur dan tidak stabil, apabila wujudnya sebuah sistem yang tidak adil dan berakarkan dengan rasuah.
Menurut kajian, budaya korupsi juga boleh mengurangkan jumlah pelaburan langsung asing masuk ke dalam sesebuah negara. Pelabur asing bukan sahaja melihat kepada Indeks Persepsi Rasuah, tetapi juga melihat kepada sistem negara tersebut membendung rasuah. Rasuah yang berlaku daripada peringkat tertinggi hingga paling bawah, dan berakar umbi di kalangan awam dan swasta, mengakibatkan hilang keyakinan pelabur terhadap integriti ekonomi negara.
Bagi kebanyakan negara korup, badan kehakiman mereka juga terbatas dan direndahkan kuasanya, kerana mendapat tekanan yang kuat daripada orang politik.
Pertubuhan bukan kerajaan Transparency International (TI), yang berpengkalan di Jerman mentakrifkan rasuah sebagai penyalahguaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi.
Organisasi itu yang bertanggungjawab untuk menyusun Indeks Persepsi Rasuah mengikut negara itu juga menyatakanj bahawa rasuah menyemarakkan krisis global dalam demokrasi.
Rasuah juga telah menjadi fenomena yang berterusan di seluruh dunia pada tahap yang berbeza-beza.
Ia paling lazim berlaku di negara-negara membangun malah juga wujud di negara-negara maju.
Menurut laporan dianggarkan USD 1 trilion dibayar dibayar dalam bentuk rasuah di seluruh dunia setiap tahun.
Rasuah membawa kesan yang amat buruk bukan sahaja kepada individu malah kepada keseluruhan masyarakat dan negara.
Kesan rasuah juga boleh merosakkan kedudukan antarabangsanya, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Sebagai contoh telah terbukti secara imperikal bahawa rasuah mengakibatkan ketidaksamaan pendapatan dengan 20 negara termiskin mengalami kesan negatif terhadap pertumbuhan pendapatan akibat rasuah.
Dua kesan ketara antara banyak kesan ekonomi lain akibat rasuah termasuk kehilangan keyakinan pelabur dan pengaliran modal ke luar negara.
Di kedudukan ke 10: Turkemenistan.
Turkemenistan merupakan sebuah negara authoritarian di mana hak politik dan kebebasan sivil hampir dinafikan sepenuhnya dalam amalan.
Pilihanraya dikawal ketat demi untuk memastikan kemenangan hampir sebulat suara untuk presiden dan penyokongnya.
Ekonomi dikuasai oleh negara dan rasuah adalah sistematik.
Kumpulan agama dianiaya dan perbezaan pendapat politik adalah tidak boleh diterima.
TIdak ada institusi bebas yang ditugaskan untuk memerangi rasuah di negara ini.
Nombor 9 : Equarial Guinea
Equatorial Guinea merupakan sebuah negara kecil dan kaya dengan munyak yang terletak di belah barat tengah benua Afrika.
Ia terdiri daripada kawasan tanah besar Rio Muni, Pulau Bioko dan empat pulau kecil di luar pesisir.
Pada tahun 1980-an, rizab minyak dan gas asli banyak ditemui di bawah dasar laut perairan negara ini.
Penemuan minyak menjadi negara ini antara negara terkaya di Afrika.
Hasil minyak menyumbang daripada 4 /5 daripada KDNK negara berkenaan.
Walaupun memiliki sumber wang yang banyak tetapi taraf hidup kebanyakan rakyatnya tidak bertambah baik.
Syarikat yang terlibat dalam eksploitasi minyak dan gas di negara ini termasuk Exxon Mobil, Marathon Oil Corp, Kosmoi Energy dan Noble Energy.
Human Right Watch dan kumpulan bebas lain telah bertahun-tahun mendukumentasikan penindasan tanpa henti kerajaan negara ini terhadap masyarakat sivil dan kumpulan pembangkang politik dengan rasuah yang mengejutkan yang telah menyedut kekayaan minyak negara itu.
Nombor 8: Libya
Libya adalah negara yang dilanda perang di Afrika yang menyaksikan penggulingan Muammar Gaddafi ketika Arab Spring.
Berikutan itu Libya terjerumus ke kancah perang saudara dengan puak yang berbeza yang mwngawal bahagian yang berlainan di negara berkenaan.
Pergolakan itu telah menyebabkan peningkatan aktiviti rasuah yang melambung tinggi ketika negara sudahpun berada dalam konflik kepimpinan yang lemah.
Jenis rasuah utama melibatkan penyeludupan minyak ke pasaran gelap oleh penjawat awam dan rasuah untuk menyelesaikan kes perundangan.
Nombor 7: Afghanistan
Negara yang terletak di persimpangan Asia Tengah dan Asia Selatan ini terkenal sebagai salah satu negara yang paling banyak diceroboh oleh kuasa asing dalam sejarah.
Negara pergunungan yang terkurung dengan daratan ini adalah antara pengeluar candu terbesar di dunia dan rumah kepada panglima perang mujahidin dan puak Pashtun yang dikenali sebagai Taliban.
Kini Amerika Syarikat dan sekutunya telah menarik balik tentera mereka dari Afghanistan menandakan berakhirnya pendudukan hampir dua dekad Amerika Syarikat di negara itu.
Pengunduran tentera antarabangsa akan meninggalkan kekosongan kuasa yang sukar diisi oleh kerajaan Afghanistan tanpa bantuan.
Nombor 6: Korea Utara
Korea Utara yang secara rasmi dipanggil Republik Rakyat Demokratik Korea merupakan sebiah negara di Asia Timur.
Ia diperintah oleh regim diktator Keluarga Kim dengan rakyat yang mempunyai sedikit akses atau tiada akses langsung kepaa dunia luar.
Maklumat awam oleh rakyat juga hampir mustahil untuk diakses di mana ia membuka pintu kepada rasuah yang berleluasa.
Sejak 1948, negara itu telah diperintah oleh tiga lelaki dari keluarga yang sama.
Nombor 5: Yaman
Negara Yaman secara rasmi dipanggil Republik Yaman adalah sebuah negara yang terletak selatan Semenanjung Tanah Arab.
Yaman secara meluas sebagai sebuah negara yang gagal kerana keadaannya yang sangat teruk disebabkan oleh persengktaan awam yang berterusan, kekurangan air yang sangat teruk dan yang paling penting masalah rasuah yang sangat berleluasa.
Yaman adalah salah satu negara termiskin di dunia Arab. Negara ini telah musnag sejak berlakunya oerang saudara pada tahun 2004 dan ia berterusan sehingga ke hari ini.
Nombor 4: Venezuela
Venezuela merupakan sebuah negara di benua Amerika Selatan dan mula menjadi negara pengeluar minyak sejak 1914 lagi.
Institusi demokrasi di negara ini telah merosot sejak 1999 tetapi keadaan telah semakin buruk secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan penumpuan berterusan kuasa dalam cabang eksekutif dan tindakan keras terhadap pembangkang.
Pihak berkuasa telah menutup hampir kesemua saluran untuk perbezaan pendapat politik, menyekat kebebasan sivil dan mendakwa pihak yang dianggapn penentang tanpa mengambil kira proses yang sewajarnya.
Krisis kemanusiaan yang teruk di negara ini telah menyebabkan berjuta-juta orang bergelut untuk memenuhi keperluan asas mereka dan terdorong ke arah penghijrahan secara besar-besaran.
Rasuah kerajaan berleluasa dan agensi penguatkuasaan undang-undang telah terbukti tidak mampu membendung jenayah kekerasan.
Nombor 3: Somalia
Somalia terletak di timur benua Afrika. Negara ini dibentuk daripada penggabungan dua wilayah kolonial British dan Italy iaitu Somaliland yang merdeka bersama pada tahun 1960.
Somalia dianggap negara yang sangat rapuh dan tidak maju baik dari segi pembangunan politik dan ekonomi.
Selepas kejatuhan kerajaan authoritarian di bawah Siad Barre pada tahun 1991 tiada kerajaan pusat yang berfungsi selama lebih 20 tahun disebabkan perang saudara yang masih berterusan sehingga kini.
Kerajaan peralihan yang dibentuk pada tahun 2000 dan seterusnya yang sebahagian besarnya tiadk berjaya.
Nombor 2: Syria
Syria adalah salah satu negara Arab yang dusenaraikan dalam 10 negara paling korup di dunia.
Syria dilanda perang saudara semasa Arab Spring apabila kerajaan betindak balas ke atas penunjuk perasaan dan kekecohan ini telah mewujudkan perangsaudara yang seterusnya mewujudkan suasana yang sangat tidak stabil di negara ini.
Negara yang tidak stabil lebih cenderung untuk berdepan dengan masalah rasuah yang lebih tinggi.
Nombor 1: Sudan Selatan
Sudan Selatan adalah sebuah negara yang terkurung di daratan timur laut benua Afrika, barat Ethiopia dan selatan Sudan.
Selepas bertahun-tahun berdepan dengan perang saudara, negara ini memperoleh kemerdekaan daripada Sudan pada tahun 2011 tetapi keganasan telah berterusan dan berleluasa di sini.
Penderaan terhadap orang awam termasuk tahap keganasan seksual yang mengerikan telah memaksa lebih daripada 4 juta rakyatnya meninggalkan rumah masing-masing dan menyebabkan 7 juta rakyat Sudan Selatan memelrukan bantuan kemanusiaan.
Prospek keamanan juga tidak menentu kerana kerajaan Sudan Selatan telah menunjukkan keengganan untuk menamatkan pertempuran atau mengutamakan keperluan rakyatnya.
Kesimpulannya, masyarakat dunia perlu disedarkan tentang kesan dan keburukan amalan rasuah yang semakin membarah di seluruh pelusuk dunia. Hal ini kerana gejala rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kiralah dalam perniagaan, kerajaan, mahkamah, media, masyarakat sivil dan ia merentasi semua sektor termasuk kesihatan dan pendidikan kepada sukan dan infrastruktur.