Kecoh dua tiga hari ini berkenaan isu tiga petisyen pilihanraya yang dibuat oleh Barisan Nasional Terengganu di tiga Parlimen yang melibatkan Parlimen P.036 Kuala Terengganu, P.037 Marang dan P/040 Kemaman.
Persoalannya sekiranya mahkamah menerima petisyen itu dan pilihanraya kecil diadakan semula adakah UMNO/BN mampu merampas kembali tiga kerusi berkenaan?
Harus diingat juga BN kalah teruk di kesemua kerusi berkenaan dengan majoriti anrata 20 ribu ke 41 ribu.
Dengan majoriti sebesar itu mampukah BN menang?
Namun sebenarnya kemenangan adalah perkara kedua yang perlu dibincang. Perkara yang menjadi fokus bagi BN Terengganu adalah dengan bukti-bukti dan dengan saksi-saksi yang bakal tampil, ianya bakal mendedahkan PAS khasnya dan Perikatan Nasional amnya bukanlah sebuah parti yang bersih sebagaimana dijaja dalam kempen pilihanraya.
Program-program pengagihan dana berskala besar bukan hanya dalam tempoh pilihanraya malah beberapa hari sebelum pilihanraya amat mencurigakan.
Perkara-perkara sebeginilah yang menjadi persoalan. Adakah benar cakap-cakap bahawa PAS hanya cantik di luar tapi di dalam hakikatnya adalah sebaliknya?
Video sumpah "Wallahi! Saya undi PAS.." telah pun viral. Video pengagihan wang kepada pengundi secara terbuka juga telah viral?
Jika inilah pendekatan yang dibuat oleh PAS dan Perikatan Nasional maka bolehlah dikatakan slogan "BERSIH,STABIL" hanyalah retorik semata-mata.
Perjuangan demi Islam yang dilaungkan sebelum ini hanyalah perhiasan semata-mata. PAS hanyalah sebuah parti politik tidaklah suci bagai didamba.
Matlamat tidak akan menghalalkan cara.
Bagi UMNO/BN petisyen ini sama ada diterima atau tidak bukanlah soalnya. Tapi yang paling penting bagi mereka PAS/PN cakap tidak serupa bikin.
Apapun sejauhmana kebenarannya, waktu bakal menentukan.
Yang pasti UMNO/BN kalah teruk dalam PRU 15. Sebab kenapa dan mengapa, politik wang dan rasuah mungkin antara salah satu puncanya.