Mengikut kenyataan Ahmad, petisyen tersebut difailkan kerana wujud dengan nyata penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Terengganu pimpinan PAS di Terengganu.
Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu itu memaklumkan bahawa satu klip video yang viral mengenai sumpah "Wallahi! Saya undi PAS" adalah berlaku di Parlimen Marang di dalam DUN Alor Limbat di sebuah surau berdekatan Kg. Tok Hakim. Untuk rekod Parlimen Marang dalam PRU 15 lalu dimenangi oleh Presiden PAS dengan majoriti lebih 41 ribu.
Sekiranya petisyen yang difailkan berjaya dan pilihanraya kecil diadakan, adakah BN mampu merampas kembali ketiga-tiga parlimen tersebut kerana semuanya dimenangi oleh calon PAS dengan majoriti besar melebihi 20 ribu kesemuanya.
Seorang pimpinan UMNO di Terengganu memaklumkan bahawa memang sukar untuk BN menang, namun tiada yang mustahil dalam politik. Tujuan utama ianya (petisyen) dibuat adalah untuk menunjukkan kepada rakyat secara keseluruhannya PAS khasnya dan PN amnya bukanlah parti yang ada integriti yang tinggi sebagaimana slogannya "BERSIH, STABIL" kerana hakikatnya mereka juga terlibat dengan aktiviti membeli undi dan menggula-gulakan pengundi dengan pemanis iaitu habuan kewangan.
Ianya jelas terutamanya dengan kewujudan beberapa dana seperti dana pencen dan dana untuk mahasiswa diagihkan sangat hampir dengan tarikh pilihanraya.